Antara cara Allah nak beri hidayah, taufiq atau rezeki pada seseorang, selalunya Dia akan datangkan asbab
Cara Allah nak terima doa seseorang Allah beri taufiq pada dia untuk angkat tangan berdoa dengan penuh harapan
Cara Allah nak beri seseorang itu sihat dan mampu untuk jaga kesihatan ialah Allah beri dia kekuatan untuk tidak makan perkara yang haram dan makan makanan yang tidak sihat
Cara Allah nak beri seseorang cerdik dan pandai, Allah rezekikan dia masa yang lapang untuk belajar, baca buku dan pergi ke kuliah
Cara Allah nak tambah sayang pada seseorang ialah Allah mungkin tarik nikmat dan berikan musibah padanya supaya dia sentiasa ingat pada Allah
Betapa banyak asbab yang telah kita lalui dalam hidup kita pada harini tapi kita lupa bahawa itu adalah tanda-tanda besar bahawa Allah itu maha kasih dan terus menyayangi hamba-hamba Nya.
"Wahai Tuhan rezekikan kami asbab-asbab yang baik agar dengan itu hati dan hidup kami terdorong untuk bertambah dekat pada Mu"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan