Khamis, 9 April 2015

AHLI KELUARGA RASULULLAH SAW : ANTARA FIRASAT NABI DAN AKHLAK MEREKA

share dari link fb ~ Muhasabah DIRI

AHLI KELUARGA RASULULLAH SAW : ANTARA FIRASAT NABI DAN AKHLAK MEREKA

Tohmahan, cacian, penindasan, pembantaian dan pengusiran ke atas ahli keluarga Rasulullah SAW telah berlaku sejak zaman dahulu lagi. Ini adalah sesuatu yang telah dikhabarkan oleh Baginda SAW apa yang memang akan terjadi kepada ahli keluarga dan keturunannya.

Oleh kerana itu ulama robbani dari ahlulbait sentiasa memahami bahawa setiap zaman akan ada golongan yang akan muncul untuk melakukan onar terhadap ahlulbait Rasulullah saw kerana ini adalah suatu yang memang telah difirasatkan oleh baginda Nabi SAW. Maka mereka memilih untuk menyantuni gangguan dan ujian terhadap mereka itu dengan kesabaran, kelembutan, kemaafan dan kasih sayang sebagai sebuah tanda rahmah terhadap umat ini.

Nasib ahlulbait ini akan berterusan begini sehinggalah seorang lelaki yang dijanjikan Rasulullah akan muncul dari keturunannya yang akan memimpin manusia seluruhnya dan dibantu oleh sebuah kelompok dari timur, sepertimana yang telah disebutkan didalam hadis dibawah:

Abdullah ibnu Mas'ud r.a. berkata, ”Ketika kami bersama Baginda s.a.w, beberapa pemuda dari Banu Hashim datang kepada kami. Apabila Baginda melihat mereka, mengalir air mata Baginda dan berubah wajahnya.

Melihat demikian kami amat terharu.” Baginda bersabda;“ Kami adalah keluarga yang Allah pilih akhirat daripada dunia. Ahlul bait akan diuji selepas kewafatanku dan akan dianiaya sehingga datang pembawa panji-panji hitam dari timur, yang menyeru manusia membuat kebaikan tetapi ditentang. Mereka akan diperangi dan mencapai kemenangan sehingga manusia tunduk tetapi mereka enggan menerima pemerintahan lalu mereka menyerahkan kuasa kepada seorang dari ahli baitku.

Kemudian bumi akan dipenuhi keadilan sebagaimana ia dipenuhi kezaliman sebelumnya. Jika ada di antara kamu yang hidup untuk menyaksikan peristiwa ini, hendaklah kamu pergi kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji.”;- [ Riwayat Ibnu Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4082)].

Ada sebuah kisah tentang kesabaran cicit Rasullulah S.A.W yakni Al-Imam Ali Zainal Abidin As-Sajjad dalam menyikapi seorang lelaki yang mencacinya sebaik sahaja beliau keluar dari masjid bersama anak-anak muridnya.Lelaki tersebut sememangnya cukup tidak senang dengan dekat Ahlul bait.(Moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan yang sebegitu,,Ameen).

Lelaki tersebut berkata,"Kamu ke yang dipanggil Zainal Abidin (perhiasan orang yang beribadah),,lalu Al-Imam menjawab,,"Ya,,",,Lelaki itu mencelah,,"engkau ialah Syainal Abidin (pengotor orang yang beribadah)",,lelaki itu menyambung,,":Kau fasik,,orang jahat,,bla bla bla,,",,lelaki itu melontarkan kata-kata yang kesat.Anak-anak muridnya mulai hendak mendapatkan kebenaran supaya dapat mengajar lelaki itu secukupnya,,"Wahai guruku,mengapa engkau tidak melakukan sesuatu setelah lelaki ini menjatuhkan martabatmu?,,"."Tidak,,biar dia habiskan kata-katanya,,",,kata Imam Ali Zainal Abidin.

Setelah selesai mencerca Imam Ali dengan lengkap berserta penanda wacana,lalu Imam Ali berjumpanya dan berkata,,"Wahai pemuda,apa yang engkau katakan tadi sememangnya betul dan ada pada aku dan apa yang engkau tidak tahu sebenarnya lebih banyak.,,Adakah engkau mempunyai hajat untuk aku tunaikan agar aku dapat membalas semua nasihat kamu..?",,(Lihat,,Al-Imam Ali menyifatkan kata-kata kesat itu sebagai nasihat,(betapa mulianya beliau)..

Maka lelaki tadi berkata,"Aku bersaksi bahawasanya kamu adalah daripada keturunan Rasulullah S.A.W,,maafkan aku wahai Imam,sesungguhnya ada sekelompok manusia yang mengupah aku untuk membuatmu marah..tetapi engkau tetap tenang dan aku sangka engkau akan memakiku,,"

Tersenyum Al-Imam Ali Zainal Abidin As-Sajjad ketika mendengar pengakuan tersebut. Lalu Imam Ali Zainal Abidin mengarahkan anak muridnya memberi wang kepadanya sesuai dengan nilai upah yang diberikan oleh kelompok tersebut.

Beginilah akhlak mulia yang telah ditunjukkan oleh beliau bahawa kekasaran dan keburukan dibalas dengan kelembutan dan kebaikan...

~ustaz iqbal
 
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan