Tidak perlu membeli di bakeri atau di kafe, apa kata cuba buat sendiri BISKUT CHEESE, cukup mudah!
Bahan-bahan:
1/2 tin susu pekat manis
250 gram krim keju
1 paket biskut Cracker Original
1 kotak kecil susu segar
150 gram nestum
Cara-cara Menyediakan:
1. Campurkan susu pekat bersama keju.
2. Pukul sebati hingga kembang.
3. Rendamkan sebentar biskut cracker dengan susu segar, jangan sampai kembang.
4. Susun rapat di dalam loyang empat segi
5. Buat satu lapisan keju di atas biskut tadi sehingga menutupi biskut cracker.
6. Taburkan nestum di atas lapisan keju. Ulang langkah3, 4 dan 5 mengikut ketebalan yang dikehendaki.
7. Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.
Oleh: Nadia Mingguan Wanita
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan