Durian Chocolate Layer Cake
Chocolate sponge:
A
4 biji kuning telur, gred A
20g gula kaster
1 sk esen vanila
B
4 biji putih telur, gred A
90g gula kaster
C
90g tepung superfine, diayak
10g serbuk koko, diayak
D
50g butter, dicairkan
Cara2 membuat chocolate sponge:
1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Sediakan loyang segiempat bersaiz 8 inci, griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Satukan & pukul bahan A hingga kembang. Ketepikan.
3. Pukul pula bahan B hingga kembang & bertanduk. Satukan dengan adunan A yang dipukul tadi (langkah 2). Kaup balikkan hingga sebati.
4. Kemudian masukkan bahan C, kaup balikkan hingga sebati. Masukkan pula bahan D, kaup balikkan lagi hingga sebati.
5. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar selama 25-30 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas wire rack sepenuhnya baru dipotong kepada 3 lapisan.
Durian filling:
A
250ml uht whipping cream
2 sb gula kaster
B
10g serbuk gelatin
30g air
C
500g isi durian
Cara2 membuat durian filling:
1. Satukan bahan B, cairkan atas double boiler hingga gelatin cair. Ketepikan.
2. Satukan bahan A dalam mangkuk pengadun, pukul hingga pekat sedikit. Masukkan adunan B yang dicairkan tadi. Pukul lagi hingga soft peak.
3. Masukkan bahan C, gaul rata.
Cara2 menyusun kek:
1. Sediakan loyang loose bottom bersaiz 8 inci. Letakkan 1 lapisan kek, tuang 1/2 adunan filling & ratakan.
2. Letakkan pula satu lagi lapisan kek, tuang baki filling tadi & letakkan pula lapisan kek yang terakhir atasnya. Tutup guna plastic wraper & simpan dalam peti sejuk hingga filling mengeras.
3. Bila filling sudah mengeras, hiaskan kek ikut kteativiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan