Selasa, 27 Januari 2015

13 RESEPI ENAK KETIKA BERPANTANG bersamaSet Bersalin SPA & MA

share dari link fb ~Set Bersalin SPA & MA

13 RESEPI ENAK KETIKA BERPANTANG bersamaSet Bersalin SPA & MA

Minuman Milo Nestum 

Bahan-bahan : 
3 sudu besar milo 
1 sudu susu pekat manis / atau 
2 sudu susu tepung (kalau guna susu tepung, tambahlah gula sikit) 
4 sudu besar nestum

Cara-caranya : 
Masukkan semua bahan diatas kedalam cawan / mug. Lepas tu tuangkan air panas dan kacau. Campurkan dengan air sejuk jika anda nak kurangkan panas air atau nak bagi suam. 
Mudah sangat, dan yang penting ia bagus diambil sama ada bagi mereka yang sedang dalam pantang bersalin atau bagi ibu-ibu yang menyusukan anak kerana Nestum kaya dengan serat yang boleh membantu sistem penghadaman dan mengurangkan masalah sembelit manakala milo pula merupakan minuman yang memberi tenaga.

Kerabu Pegaga 

Bahan-bahannya : 

Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda) 
1 ulas bawang putih 
1 sudu teh lada hitam i inci halia muda 
2 biji bawang merah 
50 gram ikan bilis (kalau nak gantikan dengan ikan masin pun boleh juga - tapi ikan masin hendaklah dibakar dulu kemudian dibuang tulangnya) 
1 inci kunyit hidup

Cara: 
Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat.
Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak. 
Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat. 
Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong. 
Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas. 
Mesti sedap dan menyelerakan.

Ikan Tenggiri Goreng Halia

Bahan-bahannya : 
1 keping ikan tenggiri 
4ch halia di hiris dan di goreng 
2 sudu makan minyak bijan 
1-2 sudu makan kicap manis 
1/2 sudu teh serbuk kunyit 
1/2 sudu teh garam

Cara: 
Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan dan letak dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya. 

Ayam Masak Bijan 

Bahan-bahannya: 
1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan 
4cm halia tua - di hiris 
3 sudu makan minyak bijan 
1/2 sudu makan kicap manis 
Sedikit garam 
Air secukupnya 

Cara: 
Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.

Sup Ikan Haruan 

Bahan-bahannya: 
1 ekor ikan haruan 
2 cawan air 
2 sudu makan minyak jagung 
1 sudu makan lada hitam - di tumbuk 
3 ulas bawang merah - di tumbuk 
2 ulas bawang putih - di tumbuk 
2 cm halia - di tumbuk 
1 keping asam keping 
Garam secukup rasa 
Daun bawang dan daun sup di hiris 

Cara:
Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. 
Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau. Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.

AYAM MASAK KERING 

Bahan-bahan: 
200 ml air 
3 – 5 helai daun pegaga – dihiris 
3 ulas bawang kecil – dihiris 
2 ketul ayam (sederhana besar) 
Seketul halia – dimayang halus 
½ sudu teh serbuk lada hitam 
½ sudu teh serbuk kunyit 
Garam secukup rasa

Cara menyediakan: 
a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih. 
b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). 
Hidangkan ketika masih panas. 

Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin. 

Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.

SUP AYAM 

Bahan-bahan: 
250 ml air 
2 ketul ayam 
½ sudu teh serbuk lada hitam 
Halia sebesar ibu jari – dimayang 
Garam secukup rasa 

Cara menyediakan: 
a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi. 
b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. 
Angkat dan hidangkan. 

Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.

DAGING LADA HITAM

Bahan-bahan: 
500 gm daging lembu 
1 biji bawang besar - dihiris 
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung 
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar 
1 sudu makan kicap manis 
Garam secukup rasa 

Cara menyediakan: 

a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan. 
b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat. 
c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi. d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.

AYAM LADA HITAM

Bahan-bahan: 
3 ketul ayam 
1 labu bawag putih..hiris halus 
2 inci halia-hiris halus 
3 sudu lada hitam tumbuk 
minyak untuk tumis 

Cara menyediakan: 
Tumis semua bahan kecuali ayam, bila naik bau masukkan ayam dan sedikit air...bagi ayam empuk..rasa garam dan gula...siap dihidang makan dengan nasi panas 

Sup Tulang 

Bahan A 
1 kg tulang lembu – dicuci dan ditoskan 
2 sm halia – diketuk 
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk 
1 sudu teh garam kasar 
1 sudu makan gula 
Air secukupnya 

Bahan B (ditumbuk) 
1 biji bawang besar 
5 ulas bawang putih 
4 ulas bawang merah 
1 cm halia 
1 sudu makan jintan manis 
1 sudu makan lada hitam 

Bahan C (ditumis) 
2 batang kulit kayu manis 
1 biji bawang besar – dihiris 
5 biji cengkih 
3 biji bunga lawang 
4 biji buah pelaga 

Bahan D 
2 bunjut rempah sup tulang 
3 bji kentang – dibelah dua 
8 biji cili api 
3 sudu makan sos tiram 
2 sudu makan sos ikan 
1 biji jus limau nipis 
Sedikit minyak 
Garam secukup rasa 
Sedikit serbuk perasa 
Bawang goreng, daun sup dan daun bawang – untuk ditabur 

Cara: 

Masukkan tulang yang telah dibersihkan bersama air, halia, gula, garam kasar dan lada hitam dalam satu periuk. Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga tulang empuk. Tambah air jika perlu. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga kuning. Masukkan kesemua bahan C dan kacau. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga garing. Setelah garing, masukkan rempah sup. Kacau dan masukkan satu senduk stok dan kacau sekejap. Tuang bahan tumis ini ke dalam periuk stok tulang dan kacau sekejap. Didihkan kembali, masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan. Tutup dan biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan separuh bawang goring. Akhir sekali masukkan cili api dan sedikit hirisan saun sup. Tuang jus limau dan kacau rata. Ketika menghidang, taburkan bawang goring, daun sup dan daun bawang. Petua Orang Tua : Masakan jenis sup biasanya banyak menggunakan campuran rempah ratus. Ia sangat baik dalam memanaskan badan dan mencuci darah. 

Sup Sayur Campur 

Bahan: 
3 ulas bawang putih 
1 kiub pati rebusan ayam 
50 gm suun 
40 gm kek ikan 
30 gm bunga kobis 
30 gm brokoli 
30 gm cendawan 
Garam secukup rasa 
Air secukupnya 
Sedikit minyak

Cara: 
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan. Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. 
Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang. 

Rendang Hati Lembu 

Bahan: 
½ kg hati lembu – dipotong 
2 cawan pati santan 
½ cawan kerisik 
2 sudu makan rempah kari 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis 

Bahan (dikisar): 
10 ulas bawang merah 
200 gm cili merah 
2 sudu makan ketumbar 
3 batang serai 
4 cm lengkuas 
2 cm halia 
4 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 
3 biji buah keras 

Cara: 
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. 
2. Masukkan rempah kari dan hati. Kacau sekejap. 
3. Masukkan santan dan masak hingga pekat.
4. Akhir sekali masukkan kerisik dan garam secukup rasa. 

Daging Bakar 

Bahan-bahan: 
300 gm daging lembu
garam minyak 

Cara: 
1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak. 
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang. 

Air Assam 

Bahan: 
4 keping asam gelugor 
garam 
5 s/k lada hitam tumbuk 
sedikit hirisan bawang kecil 

Cara: gaulkan senua bahan dan rasakan garamnya.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan