Dalam penyediaan ayam goreng ini, langkah yang paling penting ialah Marinating / Perap , Seasoning / Perasa dan Coating/salutan. Ini adalah perkara yang asas dalam gorengan ayam.
1. PERAPAN / MARINATE:
Maksud 'perapan' ialah tambahkan rasa dan lembutkan daging.
Perapan yang terbaik bergantung kepada:
*Keadaan Acidity.
*Kuantiti garam yang digunakan.
*Minyak dalam perapan.
*keadaan bentuk fizikal daging itu sendiri - termasuk keluasan kawasan permukaan daging yg ingin diperap, cara pemotongan, ketebalan daging dan berat daging.
*Kesemua di atas ini bergantung pada jangka masa perapan.
Perapan ayam yang terbaik mempunyai ramuan asid, perencah, garam dan minyak masak. Ini juga asas untuk perapan isi ikan, ayam atau daging.
- Ramuan Asid: Seperti jus buah-buahan limau nipis dan lemon, cuka, yogurt, susu butter dan lain-lain. Asid ini lembutkan daging dan juga berikan perasa yg baik.
- Ramuan Perencah: seperti - herba, kicap, mustard dan gula. Perencah ini menyedapkan hasil gorengan anda.
- Ramuan Garam: Garam berfungsi sebagai pembawa kelembapan(moisture)dari perencah kepada keseluruhan daging itu. Kuanti garam ini berubah mengikut masa perap (marinate) yang diperlukan. Kalau cepat lebihkan garam kalu lama kurangkan garam.
- Ramuan Minyak Masak: Minyak yang takat berasap yang tinggi (smoke) perlu digunakan untuk perapan. Minyak kelapa sawat Felda adalah terbaik. Minyak akan memberi kelembapan pada daging semasa proses goreng atau masak.
2. PERENCAH AYAM GORENG:
Berbagai-bagai perasa digunakan dalam penyediaan ayam goreng ini. Perasa yang paling popular ialah perasa ayam goreng KFC dan perasa rempah ayam goreng mamak. Dalam posting yang lepas mamak haji telah terangkan dan berikan resepi kedua-dua cara ayam goreng ini. Cuma mamak haji nak tambah sedikit untuk perasa daging ayam itu sendiri. Perasa salutan di luar dan perasa daging ayam itu sendiri berbedza. Dalam salutan diluar kita boleh menyedapkan gorengan ayam itu dengan berbagai-bagai resepi tetapi bagaimana pula isi ayam?. Jika isi ayam tawar, hasil goreng ayam kita tak sedap juga. Cara mamak haji nak sedapkan daging ayam paling mudah. Mamak Haji biasanya rendamkan ketulan ayam itu dengan air garam ditambah SEDIKIT MSG (Aji No Moto). cuba cara ini..buat brine water (air garam utk perapkan ayam)..untuk 8 ketul ayam......8 cawan air + 1/3 cawan garam + 2 sudu besar kicap sos ikan..rendam dlm 2 jam ..lepas itu keluarkan, basuh balik sekejap dan keringkan..sebelum nak bubuh apa saja perencahnya...Ada satu bab lagi..salutan tepung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan