Isnin, 26 Januari 2015

Resepi Masak Lemak Sotong Belimbing Buluh


Resepi Masak Lemak Sotong Belimbing Buluh

BAHAN A (Untuk menumis)

Sedikit minyak untuk menumis
1 biji bawang besar (ditumbuk)
8 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
30 biji cili padi kampong (ditumbuk)
3 batang serai (Ketuk)
Sedikit halia sebesar ibu jari(diketuk)


BAHAN B

Santan Pekat dari 1 biji kelapa
1 kilo Sotong (Janggut dan kepala sotong di sumbat kedalam badan sotong dan ia kemudian di klip dengan 'lidi pencukil gigi'
1 kiub Pati Ikan Bilis KNOR
Sedikit garam

BAHAN C

Belimbing buluh
1 helai daun kunyit
1 helai daun limau purut


Cara-Cara Memasak:-

1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan A dan goreng sehingga bawang betul-betul layu ..jika tidak masak lemak akan menjadi kurang menyengat/sedap.
3. Masukkan bahan B dan biarkan ia mendidih perlahan-lahan (Sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan menjadikan kurang menarik)
4. Sebelum angkat masukkan bahan C. Sedia untuk dihidangkan.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan