PART 1
KISAH HASAN AL-BASRI DAN WANITA CANTIK
Hasan al-Basri sewaktu remajanya, sebelum menjadi alim lagi wali yang zuhud, adalah seorang yang tampan dan sentiasa memakai pakaian yang mahal . Beliau sering kesana sini didalam kota seperti anak-anak muda yang lain bermundar mandir tanpa tujuan hidup yang teguh.
Suatu hari ketika berjalan-jalan di kota Basrah, dia terpandang seorang perempuan cantik dengan sepasang mata yang sangat menarik.Datanglah rasa ghairahnya sehingga tanpa sedar kakinya terus mengekori si cantik itu.
Perempuan itu sedar ada orang mengekorinya, lalu menoleh kepadanya; "Tuan terus mengekori saya, apakah tuan tidak malu?"
"Nak malu pada siapa? Bukan ada orang melihat." katanya.
"Sekalipun pada Allah yang Maha Mengetahui khianatnya mata dan apa yang tersembunyi di sebalik dada." kata perempuan itu.
Hasan terkedu mendengarnya tetapi kerana tak mampu melawan nafsunya, dia tetap mengekori perempuan itu.
"Mengapa tuan masih mengikut saya?
"Saya tertarik dengan dua matamu yang cantik"
"Baik, tuan tunggulah di sini. Biarlah saya pulang dahulu dan akan saya hantarkan apa yang tuan mahu" kata perempuan itu.
Hasan pun menunggu dengan rasa berdebar-debar.
Tidak lama kemudian, datang seorang pembantu perempuan tadi menghulurkan suatu kotak berbalut sapu tangan.
" Tuan, ini tuan saya kirimkean untuk tuan."
Dengan rasa amat gembira, Hassan pun membuka kotak itu.
Alangkah terkejutnya apabila di dapati dua biji mata yang berlumuran darah.
PART II
KISAH HASAN AL-BASRI DAN WANITA CANTIK
........."Perempuan yang tuan ekori tadi ialah majikan saya. Dia berpesan, dia tidak mahu memiliki mata yang membawa fitnah atas orang lelaki. Dia mengirim mata ini agar tuan boleh menikmati dan terbebas dari godaan itu. Ambillah tuan."
Menggigil tubuh Hasan al-Basri dengan peristiwa menyayat hati ini. Semalaman dia menangis bertaubat kepada Allah.
Keesokan harinya, Hasan pun pergi ke rumah perempuan tadi untuk meminta maaf tetapi menurut jiran berdekatan, perempuan itu telah meninggal kerana terlalu sedih akan dosanya.
Terketar-ketar Hasan mendengarnya, rasa bagaikan hendak tumbang. Menangislah dia selama tiga hari di rumahnya.
Pada akhir malam yang ketiga itu, Hassan telah bermimpi melihat perempuan tersebut sedang duduk di taman syurga.
"Wahai tuan, dari dulu lagi saya telah memaafkan perbuatan tuan yang tak senonoh itu, kerana dari perbuatan tuan saya akhirnya duduk mulia di hadapan Allah."
Jawab Hassan " Kalau benar engkau maafkan saya, berilah saya nasihat agar saya menjadi orang soleh."
"Bertaubatlah waktu tuan sedang bersendirian atau ketika banyak orang. Ingat ALLAH dan berzikirlah bersungguh-sungguh pagi dan petang, beristighfarlah."
Hasan Al-Basri pun mengamalkan nasihat itu. Beliau akhirnya dikenali sebagai wali yang zuhud, taat dan termasyur kerana memiliki budi pekerti yang mulia.
Begitulah sejarah mempamerkan kehebatan wanita yang beriman. Begitu takut mendedahkan kecantikan dirinya kepada lelaki yang bukan muhrim yang mampu mengundang seribu fitnah. Lebih-lebih lagi pada zaman yang penuh kerosakan ini.
Takut dengan murka ALLAH, maka sanggup di leraikan dunia yang membawa fitnah ke atas kaum lelaki.
Benarlah ALLAH......
Tundukkanlah pandanganmu terhadap yang bukan muhrim kerana sering berlaku "panahan syaitan" di mata
**jagalah pandangan ... Nampak ringan,tapi berat dosanya ... Bahaya klu "dari mata turun ke hati" tanpa ikatan yg halal..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan