Isnin, 26 Januari 2015

SOTONG PERCIK


share dari link fb ~Rahsia Hawa

SOTONG PERCIK

8 ekor sotong yang besar.
10 biji cili kering (**).
5 biji cili padi (**).
5 biji cili merah (**).
1 labu bawang besar (**).
2" halia (**).
2" lengkuas (**).
2 batang serai (**).
1 helai daun kunyit - dihiris halus.
4 helai daun limau purut - dihiris halus.
1 batang serai - dititik.
1 sudu besar air asam.
Garam dan perasa secukupnya.

Cara menyediakan:

Bersihkan sotong dan potong.
Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudain susun didalam pinggan.
Kisar bahan2 bertanda (**). 
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. 
Masak lagi hingga mendidih.
Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. Siap..!!!
 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan