Ahad, 11 Januari 2015

ORANG YANG MERINDUI DAN CINTA KEPADA NABI MUHAMMAD ﷺ PASTI RASULULLAH ﷺ JUGA AKAN MENGATAKAN RASA CINTA DAN RINDU BAGINDA ﷺ KEPADA ORANG YANG MERINDUI DAN MECINTAINYA

share dari link fb ~Muhamad Shahbudin

ORANG YANG MERINDUI DAN CINTA KEPADA NABI MUHAMMAD ﷺ PASTI RASULULLAH ﷺ JUGA AKAN MENGATAKAN RASA CINTA DAN RINDU BAGINDA ﷺ KEPADA ORANG YANG MERINDUI DAN MECINTAINYA

Saidina Muaz Bin Jabal yang kata Nabi ﷺ adalah sahabat yang paling tahu mengenai halal dan haram.Seorang pemuda yang penuh dengan ilmu yang diiktiraf oleh Nabi ﷺ yang diutus oleh Rasulullah ﷺ ke Yaman untuk menjadi Mufti di sana untuk ajarkan kepada penduduk Yaman.

Nabi ﷺ mengatakan cinta kepada Saidina Muad Bin Jabal "Wahai Muaz,aku cinta kepada mu". SubhanAllah yang mengatakan cinta itu adalah Rasulullah ﷺ.Bayangkan kalau orang yang kita cintai mengatakan cintakan kepada kita?Apakah perasaan kita?

Dikisahkan ketika Nabi ﷺ duduk setelah berhijrah ke Madinah.Diantara yang menyambut Rasulullah ketika itu adalah budak-budak perempuan Bani Najjar.Mereka bergembira dan bergendang.

Mereka menyampaikan syair." Alangkah beruntungnya kami dari Bani Najjar kerana jiran kami adalah Nabi Muhammad ﷺ" diulang-ulang kegembiraan mereka menyambut kedatangan Baginda Nabi ﷺ.

Sehingga Nabi ﷺ berjumpa kepada mereka."Wahai orang-orang perempuan adik-adik kecil.Adakah kalian mencintai aku?".Maka mereka mengatakan "Iya!Kami cintakan kamu wahai Rasulullah". Kata Baginda Rasulullah." Wallahi,Sungguh hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku cinta pada kalian semua." 

Bermakna orang yang memuji kepada Nabi ﷺ yang bergembira kerana Baginda Rasulullah.Maka sudah pasti Rasulullah ﷺ juga akan mengucapkan rasa rindu dan cinta Baginda kepada mereka yang mengatakan rindu dan cinta kepada Baginda apatah lagi yang benar-benar merindui dan mencintai Kekasih Allah iaitu Baginda Nabi Muhammad ﷺ

#MutiaraKata [AL-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL-KHERED]

***Banyakkan Salam dan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dan mari kita menghidupkan sunnah-sunnah Baginda Nabi ﷺ dalam kehidupan seharian kita.***

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan