Selasa, 27 Januari 2015

Sakitnya mati itu hanya Allah Taala sahaja yang mengetahui

share dari link fb ~ PONDOK HABIB

Sakitnya mati itu hanya Allah Taala sahaja yang mengetahui sesuai dengan sifat-Nya Yang Maha Mengetahui. Setelah semua nyawa manusia itu dicabut, maka nyawa terakhir yang akan dicabut itu adalah nyawa Malaikat Maut dimana nyawa Malaikat Maut itu akan dicabut oleh Allah sendiri.

Bilamana nyawa Malaikat Maut itu dicabutkan dan dihidupkan semula oleh Allah Taala, Malaikat Maut akan berkata kpd Allah; Ya Allah, sekiranya aku tahu bagaimana sakitnya Sakkaratul Maut ini, akan aku cabut nyawa mereka yang beriman kepada Engkau itu dengan lembut sekali. 

Ada beberapa pendapat yang mengatakan bahawa lembutnya tarikkan nyawa oleh Malaikat Maut itu adalah diumpamakan seperti menarik rambut di celahan tepung dimana tarikkannya itu penuh berhati hati dan lemah lembut. 

Sakitnya orang beriman itu ketika di dalam Sakkaratul Maut adalah untuk Allah menghapuskan dosa dosanya ketika dia hidup supaya tidak berat timbangan dosa si fulan itu ketika di timbangan al-Mizan. 

Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid
 — 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan