Khamis, 29 Januari 2015

PETUA HILANGKAN BENJOL

share dari link fb ~Legacy Secret Trading

PETUA HILANGKAN BENJOL

1. Daun jarak dan abu dapur :
Untuk merawat dahi yang benjol akibat terhantuk, ambil beberapa helai daun jarak dan bungkus bersama abu dapur yang sederhana panas. Tekap pada bahagian benjol sehingga hilang panas abu. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya. 

2. Asam jawa dan garam :
segeralah ambil asam jawa dan garam secukupnya. Masukkan air dan kacau hingga kedua-dua bahan itu larut dalam air dan pekat. Sapukanlah air larutan asam dan garam itu ke bahagian yang benjol. Insya-Allah dalam masa 15 minit, benjolan itu akan mengecil dan mengempis, kemudian hilang sama sekali dari kepala anda.

3. Air panas :
Cepat-cepat tuam ngan air panas atau letak minyak panas kat benjol tu..

4. Bawang kecil/halia :
Ambil bawang kecil / halia dan tonyohkan kat benjolan tu. Nenabg sakit tapi berkesan.

5. Daun sirih dan minyak masak :
Ambil 2-3 helai daun sirih dan sapukan sedikit minyak masak. Lepas tu layurkan daun sirih tadi di atas nyalaan api. Bila dah terasa panas tekapkan ia pada tempat yang berbenjol. InsyaAllah, ia akan surut secara perlahan-lahan.

6. Ais batu :
Seeloknya masukkan dahulu ketulan ais tu dalam beg plastik, ikat dengan kemas. Lepas tu balut pula dengan kain atau tuala nipis supaya tak terlalu basah.
Kaedah menekap tempat yang cedera dengan ‘ice pack’ atau ketulan ais, tak kisah ler samada cedera sampai luka atau setakat lebam atau bengkak jer, memang selalu dipraktikkan oleh pasukan perubatan cemas.

Selamat mencuba

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan