Isnin, 1 Jun 2015

Tasawwuf - -Habib Ali Zainal Abidin Bin Abdurrahman Al-jufri

share dari link fb ~ Siti Aminah

Kamu bertanya: "Dari mana datangnya nama ‘TASAWWUF’ ini? Tidak ada nama ilmu ‘TASAWWUF’ ini di zaman Rasulullah ﷺ serta para sahabat."

"Tidak ingin aku katakan; “INI ADALAH TANDA KEJAHILAN YANG TERUK.”

"Kerana di sisi ahli ilmu; “TIDAK ADA BANTAHAN PADA ISTILAH MAKNANYA.”

"Namakanlah apa sahaja yg kamu ingin namakan selagi mana nama itu tidak diharamkan. Yang penting apakah yang tersirat di bawah nama ini? Nama ilmu akidah tidak ada di zaman Rasulullah ﷺ serta sahabat. Nama ilmu usul feqh juga tidak ada di zaman Rasulullah ﷺ serta para sahabat. Ilmu tajwid juga tidak ada namanya di zaman Rasulullah ﷺ serta sahabat, mereka hanya membaca dengan bertalaqqi dan tertil."

‘Ilmu Jarhi Wa Ta’dil’ iaitu dengan ilmu ini kita mengenali hadis yang sohih daripada ‘dhoif’ dan ‘maudu’ nya ianya juga tidak ada di zaman Rasululah ﷺ serta sahabat. Maka bukanlah maknanya ‘nama itu tidak ada di zaman rasulullah serta sahabat’ sudah memadai untuk kita mengusir jauh sesuatu yang dinamakan itu."

"Dari mana datangnya nama tasawwuf itu? Dikatakan dari ahli suffah yang diubah dari panggilan suffiyin kepada sufi. Dikatakan juga daripada kalimah kesucian seperti ayatnya ‘Allah telah mensucikannya’ dan digunakan pada orang sufi. Dikatakan juga daripada kain bulu, ianya juga tidak diambil daripada nama kain itu. Kerana di zaman Tabien r.a. bilamana didapati manusia sangat sibuk mengejar dunia serta menjadikan mereka berseronok dengan kenikmatan makanan, pakaian, tempat tinggal serta tunggangan,dan orang beriman mengurangkan dari kenikmatan itu semua dan pakaian yang paling murah ketika itu adalah kain bulu. Orang kaya ketika itu menjauhi daripada pemakaian kain bulu dan memakai selainnya tetapi kain bulu ini ditinggalkan kepada fakir miskin. Jadi para imam yang zuhud ikhlas kepada Allah memilih pakaian yang paling murah kerana ingin zuhud di dunia. Lantas mereka memakai kain bulu membuatkan manusia menisbahkan pakaian itu pada mereka dan dinamakan SUFIYYAH. Inilah namanya dan yang tadi benda yang dinamakannya. Maka tidak ada kesalahan pada kedua2nya."

-Habib Ali Zainal Abidin Bin Abdurrahman Al-jufri

share dari link fb ~ Siti Aminah
“Kita memohon perlindungan kepada Allah keselamatan daripada mereka yang melampaui batas terhadap waliyullah dan daripada mereka yang berkelakuan jahat terhadap orang-orang soleh. Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa memusuhi wali-Ku, Aku izinkan perang terhadapnya.” Semoga Allah tempatkan kita pada tempat yang Dia sukai dan tunjukilah kami kebenaran serta mengikutinya.”
-Habib Ali Zainal Abidin Bin Abdurrahman Al-jufri

https://www.youtube.com/watch?v=YukfxfUweEU
share dari link fb ~ Siti Aminah

APA ITU TASAWWUF?

“Tasawwuf ini telah menjadi satu kalimah yang mendatangkan permasalahan pada kebanyyakkan manusia. Menjadikan satu perkara yang allergic pada diri mereka. Sebabnya adalah? Kerana kesilapan yang telah sampai kepada mereka disebabkan ada orang yang menyembunyikan fakta sebenar. Kaedah mengatakan: “Menilai sesuatu hal itu adalah cabang dari gambaran realiti keadaannya.” Jadi apakah maksud tasawwuf itu sehingga kita menilai asal usulnya dan apakah ia baik atau tidak?”

“TASAWWUF yang difahami oleh imam para salafussoleh terdahulu daripada zaman Imam Hasan Al-Basri sehinggalah kepada imam mutakhir ini iaitu para Masyaikh kita adalah bersungguh-sungguh dengan melaksanakan rukun agama yang ketiga iaitu AL-IHSAN.”

“Ilmu feqh; ianya menumpukan terhadap rukun islam yang empat iaitu solat, puasa, zakat dan haji dan seterusnya diikuti dengan muamalah. Dan ilmu tauhid; ianya dinamakan sekarang ini dengan ilmu akidah sedangkan perkataan ilmu akidah tidak ada pada zaman para sahabat dan seterusnya. Tapi ianya dinamakan denngan ilmu tauhid atau akidah diambil daripada rukun iman yang enam iaitu rukun ke dua dalam agama. Dan tasawuf pula adalah ilmu yang menumpukan kepada faedah manfaat hukum hakam dan adab yang membawa manusia kepada melaksanakan rukun agama yang ketiga iaitu al-ihsan. Jadi maksud tasawwuf ini sangat tinggi dan yang tertinggi daripada 3 rukun agama yg kita inginkan.”

- Habib Ali Zainal Abidin Bin Abdurrahman Al-jufri
share dari link fb ~ Siti Aminah

“Hakikat sebenar karamah itu adalah terus menerus menegakkan kamu beristiqamah di dalam amalan. Oleh sebab itu ulama mengatakan; “ISTIQAMAH ITU ADALAH SEBESAR-BESAR KARAMAH.”
-Habib Ali Zainal Abidin Bin Abdurrahman Al-jufri


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan