MARI MELATIH DIRI BERCERITA DAN MENGADU KEPADA ALLAH SWT
Mari kita mengetuk pintu hati kita dengan melatih diri bercerita dan mengadu kepada Allah swt. Berceritalah kepadaNya bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Bercerita kepada Allah tentang kehidupan adalah salah satu cara meningkatkan keimanan. Ini kerana, semakin kerap kita bercerita dan mengadu pada Allah swt semakin kuatlah kebergantungan kita kepada Allah swt. Sekaligus,mengurangkan kebergantungan kita kepada manusia lain.
Semakin banyak kita kerap bercerita dan mengadu kepadaNya tentang kehidupan kita. Samada perkara besar atau perkara kecil, kita bercakap kepada Allah bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.. kita akan dapat rasakan betapa Allah swt dekat dengan kita, memandang kita dengan penuh kasih sayang dan mendengar cerita dan aduan kita.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan