Selasa, 30 Jun 2015

BAYI PEREMPUAN BARU LAHIR DITINGGALKAN DI MASJID

share dari link ~Warga Prihatin

BAYI PEREMPUAN BARU LAHIR DITINGGALKAN DI MASJID


Produk zina terus dihasilkan tanpa mengira musim dan waktu. Jumlah video rakaman zina remaja Muslim semakin mendadak naik, khususnya yang kononnya bertudung. Yang tidak mengikuti atau mengkaji perkembangan gejala ini mungkin tidak terasa ancamannya lalu terus merasa selesa.


Sebahagian 'pelakun'nya adalah orang-orang yang sama. Mereka merakam pelbagai aksi di tempat, masa dan dengan pasangan yang berbeza. 

Apa yang sudah terlepas ke internet itu sudah jadi milik dan perkongsian viral pelbagai portal porno antarabangsa. Ia tidak mungkin boleh 'dihapuskan' lagi dari alam maya. Maknanya, pasti tembelang itu bakal pecah oleh kaum keluarga dan pasangan mereka satu hari nanti. Di situlah keluarga ikut terpalit dosa dan menerima caci cerca. Namun waktu isu "nasi sudah jadi bubur".

Malam tadi ada lagi BAYI perempuan yang ditemui. Kali ini di tangga Masjid Sungai Gelugor, Pulau Pinang.

Ramadhan yang dikatakan syaitan diikat juga masih kita lihat bersepah-sepah maksiat di sana sini. Jika selama ini kita umpamakan segala perbuatan jahat itu adalah hasil hasutan syaitan, dan apabila syaitan diikat pun perbuatan jahat itu masih berlaku, ini bermakna kitalah syaitannya. Ya, syaitan berupa manusia (MINALJINNATI WANNAS).

Jika hari-hari biasa remaja nampak pelik untuk melepak bebas di luar rumah hingga ke pagi, namun di malam-malam Ramadhan ia dibiarkan saja. Tambahan pula jika yang perempuan bertudung dan lelakinya berkopiah. 

Remaja dari seluruh keluarga di kejiranan bebas bergaul melakukan maksiat di depan rumah sendiri. Kakak dan abang bebas beraksi depan adik kecil tanpa rasa malu tatkala keluarga masing-masing sibuk beramal di masjid, tidur dalam rumah, sibuk memasak atau kerja lebih masa mencari belanja raya.

Dahulu kami rajin juga tegur pelaku atau maklumkan gejala begini kepada keluarga dan pihak berkuasa. Baik gejala minum arak, pesta video lucah, mencuri, merempit sampailah kepada projek zina di tepi rumah. Tetapi kini kami sudah 'tidak lalu' lagi untuk buat begitu. Sudahlah kes terus bercambah, kekebalan pelaku juga semakin bertambah.

Dunia hari ini jauh berbeza. Pelaku yang kita tegur akan maki kita semula. Silap-silap kita pula disamannya. Ibubapa juga sukar menerima berita. Ramai yang malahan tahu, namun membiarkan sahaja perbuatan sumbang anak mereka. Anak nak buat macamana pun tidak mengapa asalkan di depan mata atau dalam rumah mereka. 

Pihak berkuasa pula kurang berminat menangani gejala. Kami faham masalah mereka, lebih kurang sama dengan apa yang kami rasa. Kakitangan tidak cukup, projek jenayah dan maksiat semakin bertambah, ibubapa pula tidak beri kerjasama.

Akhirnya kami terpaksa simpan saja semua maklumat dan rakaman itu menjadi pelajaran buat para murobbi dan anak cucu jagaan kami. Jika kami tidak mampu ubah mereka, biarlah kami teruskan usaha mengubah anak cucu jagaan kami sahaja.

"Benarlah puasa kita hari ini hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga sahaja".

WARGA PRIHATIN

************************

PULAU PINANG 30 Jun 2015 1:33 AM – Jemaah Masjid Sungai Gelugor, Gelugor di sini terkejut apabila bayi perempuan yang masih bertali pusat dijumpai ditinggalkan di tangga masjid berkenaan selepas solat maghrib malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, jemaah di masjid berkenaan pada mulanya dikejutkan dengan suara tangisan bayi sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardu berkenaan.

Seorang jemaah yang hanya ingin dikenali sebagai Abang Ngah memberitahu, turut dijumpai bersama bayi terbabit adalah beg kertas yang mengandungi lampin pakai buang, pakaian, minyak angin, sabun mandi dan sebotol madu.

“Beberapa kanak-kanak yang ketika itu berada di pekarangan masjid memberitahu mereka ada ternampak kelibat dua wanita memasuki kawasan masjid dengan membawa bayi berkenaan.

“Namun selepas itu, dua wanita berkenaan keluar semula dari kawasan masjid dengan menaiki sebuah kereta tanpa mereka sedari seorang bayi ditinggalkan oleh dua individu tidak dikenali tersebut,” katanya ketika ditemui di masjid berkenaan di sini.

Seorang lagi jemaah yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Long berkata, kehadiran bayi itu hanya disedari para jemaah apabila terdengar suara tangisan bayi berkenaan.

“Apabila kami mendekati suara tangisan bayi itu, kami melihat seorang bayi telah ditinggalkan dalam keadaan tubuhnya dibaluti dengan selimut,” ujarnya.

Tambah Pak Long, pihak masjid kemudian menghubungi Hospital Pulau Pinang bagi memaklumkan penemuan bayi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 611 Kanun Keseksaan akan dijalankan.

SUMBER BERITA: UTUSAN


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan