Isnin, 1 Jun 2015

Asal usul tasawwuf itu adalah diambil dari rukun agama yang ke tiga iaitu IHSAN.

share dari link fb ~ Siti Aminah

“Asal usul tasawwuf itu adalah diambil dari rukun agama yang ke tiga iaitu IHSAN. Syeikhul Islam Al-Imam Abu Zakaria al-Ansori mengatakan ilmu tasawwuf itu adalah ilmu yg menyentuh tentang keadaan yg mensucikan jiwa, membersihkan akhlak, memakmurkan zahir dan batin utk meraih kebahagiaan yg kekal abadi. Itu ilmu tasawwuf. Mensucikan jiwa (dari hasad dengki, riak, ujub), membersihkan akhlak (kedekut, muka masam, kasar, kata2 yg menyakitkan) dari akhak2 yg tidak baik kpd yg baik, memakmurkan zahir (tubuh badan) mata; melihat hal2 yg baik, melihat org lain dengan penuh penghormatan, atau melihat kepada al-Qur’an atau melihat dengan penuh takzim kpd hal2 yg ditakzimkan spt masjid dll, dan memakmurkan batin dengan tafakkur utk mengingati akan Allah. Tujuannya adalah utk meraih kebahagiaan yg kekal abadi. Itu erti ilmu tasawwuf mengikut Imam Abu Zakaria al-Ansori.”


-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid. 

share dari link fb ~ Siti Aminah



“Saya pada malam ini ingin memberikan mukadimah tentang salah satu ilmu yang pada zaman sekarang ini kurang diberi perhatian disebabkan oleh kerana SALAH FAHAM yang berlaku (tentang ilmu ini). Dan kalau kita melihat sejarah kelahiran ilmu ini, adalah amat berkesesuaian/lebih kurang mirip zaman kita sekarang dengan zaman munculnya ilmu ini. Yakni ada sebab kenapa ilmu ini dinamakan dengan nama ‘TASAWWUF’."


"Orang terkadang salah faham bila mendengar kalimat ilmu Tasawwuf. Tapi kalau memahami asal usulnya, lahirnya, munculnya ilmu tasawwuf itu, mereka akan menyedari alangkah pentingnya ilmu tasawwuf ini dan alangkah ia mempunyai hubung kait yang rapat dengan pelbagai jenis ilmu-ilmu yang lain yang ada dalam syariat kita. Semua ilmu ada hubung kait dengan ilmu tasawwuf. Baik itu ilmu feqahnya, ilmu tafsirnya, ilmu hadisnya sebab ilmu tasawwuf ini diambil daripada hadis Nabi ﷺ yang termasuk bahagian daripada rukun agama yang tiga (ISLAM. IMAN. IHSAN.)"


"Ilmu tasawwuf ini adalah ilmu yang berkaitan dengan IHSAN. Apakah itu ilmu ihsan? Ilmu ihsan itu kata Nabi ﷺ; “Kamu menyembah kepada Allah seakan-akan kamu melihat-Nya.” Ini maqam MUSYAHADAH. Musyahadah ertinya menyaksikan Allah di mana-mana. Bukan bererti Allah ada dimana-mana, tetapi menyaksikan Allah pada ciptaan Allah SWT."

“Kalau kamu tidak boleh nampak Allah, maka yakinlah Allah nampak kamu.” Ini maqam MURAQABAH. Apa itu muraqabah? Muraqabah ini pemantauan. Yakni kita dipantau. Beza orang menyaksikan dengan orang yang menyakini kalau dipantau. Beza mudahnya kalau masjid ini ada CCTV, kegiatan kita ini dipantau oleh orang yang melihat di sebalik CCTV yang shooting kepada kita. Itu Muraqabah. Tapi kalau Musyahadah, yang tengok dekat screen itu ada di hadapan kita. Ini musyahadah. Ia berbeza. Kalau orang muraqabah tidak menyaksikan akan kedudukan musyahadah sebab dia sampai kepada maqam muraqabah.
-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan