BAGAIMANA MENGHADAPI PENYINDIR
Golongan yang suka menyindir dan memperlekehkan bertujuan untuk menyakitkan hati mangsanya. Mereka akan lebih seronok jika kita memberi reaksi tersinggung, kerana mereka telah berjaya mencapai tujuan mereka.
Oleh apa yang boleh kita buat?
Buat mereka mereka berasa tidak seronok bila cuba untuk menjatuhkan semangat kita. Bagaimana?
Kita boleh “membodohkan” perkataan mereka untuk menyindir kita. Contohnya, jika dia berkata “Kau ingat kau baik sangat?”. Kita boleh membalas, ” Takde la baik sangat..”.
Selalunya balasan seperti itu akan menyakitkan hati mereka kembali. Namun sekadar itu sahaja, tidak perlu kita memanjangkan perang mulut jika mereka membalas kembali.
Senyum dan buat muka selamba. Rileks dan abaikan mereka.
Sebab sebenarnya, apabila seseorang itu menyindir mereka mengharapkan anda tersentak, atau berasa marah, rendah diri atau tidak yakin.
Sebaliknya jika anda cuma tersenyum sahaja, itu membuatkan rancangan dia untuk ‘menjatuhkan semangat’ anda tidak menjadi.
Oleh itu kekal tenang dan senyum ya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan