Rabu, 24 Jun 2015

Pelbagai petua utk peralatan dapur/bahan kering bahan basah di dapur, selimut dan sebagainya

share dari link fb ~ Nieza Nor Hamnira

Bercinta kan nak buat inti tart nenas sendiri? Kalau beli, yang ada kat pasaran tu manis sangat, pastu kejung pulak, rasa pun tak berapa home-made 
smile emoticon
Tapi, bila buat, malas betul nak kacau, nak tunggu sampai kering. Saya ada alternatifnya! 
smile emoticon
 Kredit kepada Chef Hanieliza. 
heart emoticon
 Ini dia inti tart nenas versi separa segera. Cepat dan mudah. Resepi simple dia, saya alter sedikit. Bagi lagi senang & mudah. 
smile emoticon
JEM NENAS VERSI SEGERA
Bahan
2 biji nenas [muda]
1 kg jem nenas segera
Sedikit kayu manis
Sedikit bunga cengkih

Cara Membuat
1. Nenas dikupaskan kulit dan buangkan mata hitam.
2. Parut nenas, tapis air, perah hingga agak kering. 
3. Masukkan semua bahan dalam kuali tidak lekat [non-stik wok]
4. Masak sambil sentiasa kacau dengan senduk kayu panjang
5. Bila agak pekat [bukan kental] tutup api dan sejukkan.
6. Simpan dalam bekas.

Tips : Ambil sedikit butter masa nak bulat2kan tu. Inti nenas pun jadi sedap dan lembut untuk dibentukkan.. 
smile emoticon
 Selamat mencuba!
 Tips Dapur : Bagi yang ada sedia-simpan bijan dalam balang kat rumah, kalau nak buat kuih, tolong jemur dulu bijan tu ye. Sebab, ada kutu-kutu (sangat) kecil yang kita tak nampak dengan mata kasar. Bila dah jemur sekejap, kutu-kutu kecil tu akan keluar dan lari sendiri. So, in shaa Allah dah boleh guna bijan lepas tu untuk buat kuih ye.. Selamat mencuba.
Petua nak cepatkan air mendidih bila ada tetamu datang rumah. Jerangkan air, masukkan beberapa sudu gula ikut kadar air yang ingin kita gunakan. Air yang bercampur gula akan lebih cepat mendidih berbanding air biasa. Semoga bermanfaat.
Tips tidur dengan nyaman: Guna blanket. Bukan comforter. Kita ni kan kat Malaysia. Bagi yang ada aircond tu, jangan adjust temperature sampai 16-18C. Buat apa tidur mengokol sejuk bungkus dengan comforter sampai badan hampir beku? Baik adjust suhu 25-27C dan gunakan hanya blanket. Dapatkan tidur yang nyaman, suhu sedang2 agar tidur kita selesa bukan menyiksa diri macam tidur dalam winter ala kat oversea. Kan kita yang boleh adjust suhu ikut kehendak kita, adjust lah berpatut-patutan. Just be wise.
Kukus. Jangan tak kukus. smile emoticon p/s: Memaksimakan ruang. Alaskan kukusan paling atas dengan benda yg macam piring lubang2 tu untuk tindih lagi dengan beberapa bekas kek yg boleh muat. Satu kukus bulat 55cm saya boleh dapat 10 bekas 1kg kek kukus buah sekali kukus.

Ikan goreng biasa-biasa je pun sodap! Apa rahsianya? smile emoticon Tiada rahsia, cuma sedikit teknik simple. Lumurkan sedikit air perahan limau nipis <sebelum serbuk kunyit> pada ikan sebelum dimasak. Lepas tu baru goreng. Ia bukan sahaja boleh hilangkan hanyir ikan malah buat warna ikan yang digoreng lebih ensem dan juga rasa yang lebih ummpppph! smile emoticon Lagi satu tips, masa panaskan minyak tu, campakkan (dengan kasih sayang) hirisan bawang merah dalam minyak tu. Lepas tu, gorenglah ikan tu. Jangan leka ber-fb pulak, kang petua / teknik cam-nak-rak jadi takde maknanya, ikan jadi rentung sudaaa. Hehe.. Selamat mencuba.
Sharing lagi : Scrambled egg yg dibuat kat rumah, kenapa tak sama ngan yg kat hotel? Kita punya keras ngan tak ensem pun. Cemana caranya? *(Soalan dah ditukar kasi bahasa kurang rasmi namun baku). Jawapan sang chef yang arif dalam bukunya (Chef Norzailina) cam ni : Nak lebih lemak, campur krim segar / krim putar. Kalau takde, susu cair pun boleh. Guna butter, bukan minyak atau marjerin. Api sederhana. Sentiasa kacau. Angkat sebelum telur masak sepenuhnya, barulah ia kekal lembut. Dapat? Jom scrambled egg ala hotel jom.. smile emoticon p/s: gambo teluq hancoq tu gambar ehsan abe google
The power of ubat gigi! Caranya, picit ke atas kain lembap, dan sentalkan ke bahagian yang mahu di-berkilau-kan. *Ini bukan chobaan, ini betul2.. Ini guna toothpaste yang biasa kami guna kat rumah kami, you all boleh guna toothpaste yang you all guna kat rumah you all la ye.. Nota : Tidak sah jika ambil dan guna ubat gigi jiran atau rakan.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan