Isnin, 29 Jun 2015

Tuma’ninah dalam setiap gerakan rukun solat merupakan bahagian penting dalam solat yang wajib dilakukan.

share dari link fb ~ Mohd Hanif

Ada yang bertanya kepada saya tentang solat sunat tarawih sebanyak 23 rakaat termasuk witir yang dilakukan selama 7 minit sahaja di sebuah pesanteren Indonesia, maka jawapan saya adalah seperti berikut:

Tuma’ninah dalam setiap gerakan rukun solat merupakan bahagian penting dalam solat yang wajib dilakukan. Jika tidak tuma'ninah maka solatnya tidak sah. Dalil yang menunjukkan wajibnya tuma'ninah:

*Suatu ketika ada seseorang yang masuk ke dalam masjid kemudian solat dua rakaat. Seusai solat, orang ini menghampiri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang ketika itu berada di masjid dan memberi salam lalu dijawab oleh Baginda Nabi. Kemudian Nabi menyuruh orang itu untuk mengulangi solatnya. Setelah diulangi, orang itu datang lagi, dan disuruh mengulangi solatnya lagi oleh Baginda Nabi. Ini berlaku sampai 3 kali. kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan kepadanya cara solat yang betul. Ternyata masalah utama yang menyebabkan solatnya dinilai batal adalah kareka dia tidak tuma'ninah. Dia bergerak rukuk dan sujud terlalu cepat. (HR. Bukhari,Muslim,Ibn Majah dan yang lainnya)

Dari Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu bahwa beliau pernah melihat ada orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud ketika solat, dan terlalu cepat. Setelah selesai, ditegur oleh Hudzaifah, “Sudah berapa lama kamu solat seperti ini?” Orang itu menjawab: “40 tahun.” Hudzaifah mengatakan: “Engkau tidak dihitung solat selama 40 tahun.” (karena solatnya batal). Seterusnya Hudzaifah berkata:

وَلَوْ مِتَّ وَأَنْتَ تُصَلِّي هَذِهِ الصَّلَاةَ لَمِتَّ عَلَى غَيْرِ فِطْرَةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Jika kamu mati dan cara solatmu masih seperti ini, maka engkau mati bukan di atas fitrah (ajaran) Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam.” (HR. Ahmad, Bukhari, An-Nasai).

Orang yang terlalu cepat solatnya, sehingga tidak tuma’ninah,Nabi shallallahu‘alaihi wa sallam menyebutnya sebagai orang yang mencuri ketika solat. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أسوأ الناس سرقة الذي يسرق من صلاته

“Pencuri yang paling buruk adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Setelah ditanya maksudnya, Baginda menjawab: “Merekalah orang yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya.” (HR. Ibn Abi Syaibah, Thabrani, Hakim dan Ad-Dzahabi).

Suatu ketika, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melihat orang solat yang tidak menyempurnakan rukuknya dan seperti mematuk ketika sujud. Kemudian Baginda bersabda:

أَتَرَوْنَ هَذَا، مَنْ مَاتَ عَلَى هَذَا مَاتَ عَلَى غَيْرِ مِلَّةِ مُحَمَّدٍ، يَنْقُرُ صَلَاتَهُكَمَا يَنْقُرُ الْغُرَابُ الدَّمَ

“Tahukah kamu orang ini. Siapa yang meninggal dengan keadaan (solatnya) seperti ini maka dia mati di atas selain agama Muhammad. Dia mematuk dalam solatnya sebagaimana burung gagak mematuk darah.” (HR. Ibnu Khuzaimah: Sanadnya hasan).

Abu Hurairah radliallahu ‘anhu mengatakan:
"Baginda melarangku sujud dengan cepat seperti ayam mematuk, duduk seperti duduknya anjing, dan menoleh-noleh seperti rusa." (HR.Ahmad 8106)
Yang dimaksud mematuk dalam hadist di atas adalah melakukan sujud terlalu cepat dan tidak tuma’ninah. Padahal semua hadis di atas, menunjukkan wajibnya tuma’ninah, dan orang yang solat dengan tidak tuma’ninah maka solatnya batal.
.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Jika kamu hendak mengerjakan solat maka bertakbirlah, lalu bacalah ayat al Quran yang mudah bagi kamu. Kemudian rukuklah sampai benar-benar rukuk dengan tuma'ninah, lalu bangkitlah (dari rukuk) hingga kamu berdiri tegak,setelah itu sujudlah sampai benar-benar sujud dengan tuma'ninah, lalu angkat (kepalamu) untuk duduk sampai benar-benar duduk dengan tuma'ninah, setelah itu sujudlah sampai benar-benar sujud, Kemudian lakukan seperti itu pada seluruh solatmu” (HR Bukhari 757 dan Muslim 397 dari sahabat Abu Hurairah)
Para ulama mengambil kesimpulan dari hadits ini bahwa orang yang ruku’ dan sujud namun tulangnya belum lurus, maka solatnya tidak sah dan dia wajib mengulanginya, sebagaimana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang berkata kepada seorang yang cara solatnya salah ini, “Ulangi solatmu, seseungguhnya kamu belum lagi solat"
Rasulullah bersabda: “Wahai kaum muslimin, tidak ada solat bagi mereka yang tidak menegakkan punggungnya ketika ruku’ dan sujud’” (HR Ahmad 16297, Ibnu Majah 871)
Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan selainnya dari sahabat Thalaq bin Aliradhiallahu ‘anhu, beliau mengatakan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:

لَا يَنْظُرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَى صَلَاةِ عَبْدٍ لَا يُقِيمُ فِيهَا صُلْبَهُ بَيْنَ رُكُوعِهَا وَسُجُودِهَا

“Allah tidak akan melihat seorang hamba yang tidak meluruskan tulang punggungnya ketika ruku’ dan sujud” (HR Ahmad 16283)

Imam Muslim meriwayatkan dalam Sohih Muslim dari Aisyah radhiallahu 'anha, beliau berkata “Dahulu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kalau Baginda bangkit dari ruku’, beliau tidak turun sujud sampai benar-benar berdiri. Apabila Baginda bangkit dari sujud, Baginda tidak sujud kembali sampai benar-benar duduk dengan tegak” (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sohih Muslim 498).

Nabi Shallallahu alaihi wassalam bersabda:

صلوا كما رأيتمونى أصلى

“Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat daku bersolat” -Bukhari.

Ustaz Mohd Hanif Salleh.
Ahad @12 Ramadhan 1436H.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan