share dari link blog ~ http://impiana.karangkraf.com/idea/kerang-baja-tambahan-efektif-1.300200
Kerang Baja Tambahan Efektif ?
Anadara granosa ataupun lebih dikenali dengan nama kerang adalah antara makanan laut popular dan mudah ditemui di pasaran. Tahu kah anda kulit kerang mengandungi unsur kalsium karbonat yang tinggi selain kandungan mineral lain seperti potassium dan fosforus. Kalsium karbonat antara unsur yang digunakan dalam dunia perkebunan untuk meneutralkan kandungan asid dalam tanah (meningkatkan kadar pH), oleh itu kebiasaannya tanaman akan tumbuh dengan lebih subur.
Meletakkan kulit kerang yang telah dicuci ke dalam pasu orkid anda antara petua yang digunakan untuk meningkatkan kesuburan pokok tersebut. Kulit kerang yang kebiasaannya dibuang begitu sahaja kini boleh diletakkan sebagai salah satu cara memberi nutrient tambahan kepada orkid kesayangan anda. Tidak perlu dalam kuantiti yang banyak, hanya beberapa kulit kerang sahaja sudah mencukupi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan