RESEPI SAMBAL GORENG PENGANTIN
Bahan-bahanya : ( anggaran 20 orang lebih )
● * 1 kilo daging
● * 1/2 kilo paru
● * 1/2 kilo hati lembu
● 1 kilo udang basah - dikupas kulit dan digoreng berasingan.
● 2 cawan santan pekat - drpd 1 1/2 biji kelapa '
● 300 g asam jawa
● 2 inci persegi belacan
● @ 25 tangkai cili kering - dikisar
● @ 2 biji bawang besar - dikisar
● @ 8 ulas bawang putih - dikisar
● @ 8 batang serai - dikisar
● @ 1/2 jari lengkuas - dikisar
● 5 tangkai lada merah - hiris serong dan goreng berasingan
● 2 biji bawang besar dihiris nipis
● 2 cawan bawang goreng
● minyak masak secukupnya utk menggoreng dan menumis.
● garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya :
1. Bahan bertanda * direbus,potong dadu kecil dan digoreng berasingan.
2. Asam dan belacan diramas bersama santan dan ketepikan.
3. Bahan bertanda @ dikisar halus.
4. Panaskan 1/2 cawan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan campuran santan dan masak terus hingga mendidih dan naik minyak.
5. Kemudian masukkan secukup garam dan gula dan kacau rata dan masukkan daging,hati paru goreng,udang goreng tadi dan gaul hingga rata.Tambah sedikit air supaya tidak terlalu kering.
6. Akhir sekali masukkan pula cili merah dan bawang goreng dan gaul hingga rata.Tambah garam dan gula lagi jika perlu.Rasanya haruslah lemak manis dan sedikit sahaja masamnya. Dlm masakan ini boleh juga di masukkan daun limau purut dan daun kunyit jika suka.
Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan