Sangkaan Habaib tidak karang kitab adalah sangkaan yang salah fatal. Ketahuilah, sejak dahulu kala, sebelum wujudnya maulana-maulana palsu yang konon keluaran Deoband India, para Habaib sudah lama mengarang kitab berjilid-jilid, berkoras-koras, dan dibaca dan diajarkan tidak hanya di tanah Tarem, bahkan di Haramayn, Mesir, Hijaz, Syam, Jazirah India, Tanah Melayu, Sumatra, Pulau Jawa, bahkan seluruh Nusantara.
Tidakkah maulana tersebut tidak membaca kitab-kitab:
1- Habib Abdillah bin Alawi al-Haddad (w. 1132 H) seperti al-Nashaih al-Diniyyah, Risalah Mu'awanah, dan lain-lain. Juga ada
2-Habib Salim bin Samir al-Hadrami (w. 1271 H) yang mengarang kitab Safinah al-Najaa sebagai panduan akidah dan fiqh Syafi'i yang utama bagi penuntut ilmu.
3- Habib Abdullah bin al-Husayn bin Tahir Ba'alwi al-Hadrami (w. 1272 H) pengarang kitab Sullam al-Taufiq, Miftah al-I'rab dan lain-lain.
4- Habib Ahmad bin Zayn bin Alawi al-Habsyi al-Alawi (w. 1145 H) pengarang kitab al-Risalah al-Jami'ah manual ilmu fardhu ain, al-Nafhat al-Nasyriyyah syarah Qasidah Ainiyyah tentang sejarah ulama Hadramaut, dan lain-lain.
5- Habib Abdurrahman bin Muhammad Ba'alwi (w. setelah 1251 H) Mufti Syafi'i Hadramaut, beliau mengarang kitab Bughyah al-Mustarsyidin yang mengumpulkan semua fatwa-fatwa ulama ahli tarjih mazhab Syafi'i (kalau maulana nak tau fiqh ahli Hadramaut, boleh baca di sini).
6- Habib Muhammad bin Ahmad al-Syathiri (w. 1422 H) pengarang kitab al-Yaqut al-Nafis tentang fiqh Syafi'i.
7- Bapanya Habib Ahmad bin Umar al-Syathiri mengarang syarah kepada kitab Bughyah al-Mustarsyidin yg telah disebutkan.
8- Habib Abdullah bin Abdurrahman Bafadhal al-Hadrami (w. 918 H) pengarang kitab al-Muqaddimah al-Hadramiyyah dalam fiqh Syafi'i yang telah disyarahkan oleh Syaikh Ibn Hajar al-Haythami al-Makki, lalu dihasyiahkan oleh KH Muhammad Mahfudz al-Tarmasi al-Jawi (ulama Jawa Nusantara). Kitab ini menjadi silibus utama fiqh Syafi'i yang al-Faqir gunakan untuk mengajar ahbab.
9- Habib Sa'id Muhammad Ba'asyan al-Hadrami (w. 1270 H) yang mensyarahkan kitab Muqaddimah tadi berjudul Busyra al-Karim.
10- Habib Muhammad bin Ali Zakin Bahanaan al-Hadrami (w. 1383 H) yang mensyarahkan juga kitab tersebut berjudul al-Tuhfah al-Tsaniyyah Syarh al-Muqaddimah al-Hadramiyyah.
11- Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Syaikh Abi Bakr bin Salim Ba'alwi (Hilang 1392 H). Beliau adalah bapa kepada Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz. Beliau mengarang lebih kurang 18-20 kitab. Termasuk yang al-Faqir sudah baca dan mengajar adalah al-Tazkirah al-Hadramiyyah dlm fiqh wanita, Durus al-Tauhid, Ta'liqat kitab Bughyah al-Mustarsyidin, dan banyak lagi.
al-Faqir rasa, banyak lagi Habaib yang tak sempat al-Faqir coretkan di sini. Kalau maulana tak tau di mana nak rujuk akidah dan fiqh habaib ni, boleh laa baca semua kitab2 kat atas ni. al-Faqir - Alhamdulillah - sudah sempat baca kitab-kitab yang al-Faqir tulis atas ni kecuali yang memang masih manuscript. Haaa semua hujjah-hujjah habaib tentang isu ziarah kubur, tawassul, istighasah dan lain-lain maulana tu boleh laa rujuk kat sini. Kalau ada yang syiah sila sebut laa. Jangan hanya sebab nama Ali, Hasan, Husayn terus jadi syiah. Jangan lupa Habib Umar namanya Umar. Syiah tak suka letak nama Umar. Habib lain pun banyak yg bernama Abu Bakr, dan Umar. Ni belum lagi kalau al-Faqir nak sebut kemulyaan Habib Salim al-Syathiri Hafizahullah. Ingat!! ulama Hadramaut yang majority adalah Habaib telah berjasa menyebarkan Islam di seluruh bahagian laut India dan Nusantara. Paling tidak, hargailah usaha mereka. Mereka juga banyak yang jadi ulama dan berdakwah di Nusantara seperti bekas Mufti Johor.
Wallahu a'lam...
Casablanca, 2-6-2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan