Isnin, 8 Jun 2015

SENARAI RESEPI MASAKAN KERANG

 share dari link fb ~ Resepi Masakan BONDA Tersayang added 5 new photos.

SENARAI RESEPI MASAKAN KERANG
RESEPI KERANG MASAK RENDANG
Bahan-bahan :
2kg kerang direbus sebentar dan dibuang kulit
1/2 kilo santan atau 1 biji kelapa ambil santan pekat
1 sudu kerisik
daun kunyit
Bahan untuk dimesin
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 btg serai
1/2 in halia
1 in lengkuas
1/4 in kunyit
15 biji cili padi
Cara-caranya :
Masakkan santan bersama bahan mesin hingga pekat dan kering sedikit.
Lepas itu baru masukkan kerang dan kerisik, dan biarkan kering sedikit atau ikut yang digemari.
Sesuaikan rasa.
Taburkan hirisan daun kunyit.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KERANG GORENG SERAI PEDAS
Bahan :
200gm isi kerang (lebih kurang 2 cawan)
7 biji bawang merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 batang serai ~ dihiris halus
2 sudu besar sos cili thai
5 - 7 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar perahan limau kasturi/nipis
2 helai daun limau purut ~ dicarik2kan
daun ketumbar ~ dihiris
garam dan gula jika perlu
minyak
Cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan serai dan goreng lagi seketika.
Masukkan sos cili thai, cili padi, sos ikan dan isi kerang.
Perasakan dgn sedikit garam dan gula jika perlu.
Masukkan daun limau dan daun ketumbar (simpankan sedikit daun ketumbar sebagai hiasan atas hidangan nanti)
Kacau dan biarkan masak seketika dan masukkan jus limau.
Kacau hingga sebati dan padamkan api.
Hidangkan dalam pinggan dan tabur dgn hirisan daun ketumbar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
RESEPI SAMBAL KERANG MASAM MANIS
Jumlah Hidangan : 4
Bahan-Bahan:
200 gm isi kerang
Bahan untuk di kisar(bahan A)
3 senduk cili kisar
5 biji bwg kecik
sebijik bwg merah sederhana.
5-6 ulas bawang putih
sedikit halia
Bahan-bahan lain
1 biji bawang kuning hiris bulat2
Garam dan gula secukup rasa
1/2 inci belacan
1 batang serai di titik
sedikit santan
perahan jus asam jawa
sedikit sos tiram
sos cili
sos tomato
Cara Penyediaan:
Kerang dibersihkan, dan dicelur seketikap di dalam air panas mendidiih, kemudian di kopek kopek dan di ambil isinya
Kisar bahan A
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan hancurkan belacan, goreng hingga harum bau belacan
Masukkan cili kisar dan tumis sambil masukkan serai tiik sehinga naik minyak
Masukkan jus asam jawa, sedikit santan garam, gula, sos tiram, sos cili dan sos tomato ,kacau hingga sebati.
Masukkan isi kerang dan hirisan bawang, kacau rata hingga sedikit berkuah..jgn terlalu kering
Rasa dan jika ok boleh matikan api. Siap untuk di hidangkan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KARI KERANG
bahan-bahan :-
# kerang 1 kilo
# bawang merah besar 4 ulas*
# bawang puteh 2 ulas *
# halia seinci lebih *
# lada hijau 2 biji *
# sedikit asam jawa
# sedikit halba campur
# serbuk kari babas
# santan segar
# 2 biji ubi kentang
cara-cara :-
# rebus kerang dahulu....kalo boleh dapatkan kerang yang segar..
# panaskan sedikit minyak
# masukkan bawang merah+puteh+halia yang telah di blend....bahan2 yang bertanda * kena blend dulu yerkk....kalo nak tumbuk bolehhh tapi larat ker....hihi
# masukkan sedikit halba campur...dan pastikan bahan2 tadi di tumis sehingga naik bau
# masukkan serbuk kari.....serbuk kari kalo boleh biarler di campur sedikit dengan air baru masukkan dalam periuk....bukan apa nanti kari cepat hangitttt
# masukkan santan dan sedikit air untuk di jadikan kuah....air janganlah terlalu banyak yerkk...biarlah berpadanan dengan santan supaya tidak terlalu pekat atau tidak terlalu cair...
# masukkan sedikit air asam jawa....sedikit jer tau...jangan banyak sangat masamm nanti...tp terpulang gak la pada u olss yang suka masam
# masukkan ubi kentang 
# masukkan kerang
# masukkan gula+garam+aji secukup rasa...
kacau sehinga sebati dan tunggu masak aja lah yerkk...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MASAK LEMAK CILI API PUCUK UBI CAMPUR KERANG
BAHAN-BAHAN :
1 ikat pucuk ubi - diambil daun saja 
Santan kelapa secukupnya 
2 - 3 cawan isi kerang 
Garam secukup rasa 1 keping asam keping
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
1 inci kunyit hidup 
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan pucuk ubi dan diambil semua daun kemudian direbus sampai empuk . Tos dan ketepikan dulu .
2. Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api . Kalau tak mau pedas kurangkan cili api .
3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , isi kerang dan asam keping . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih .
4. Masukkan semua pucuk ubi dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Bila pucuk ubi dah masak boleh la ditutup api dapur.
(¯`v´¯)
`*.¸.*´
¸.•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨¯`•.•:*¨¨*:•..•:*¨¨*:•..•:*¨¨*:•..•...
  ┊  ☆
  ★
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan