GOLONGAN AL-KHAWARIJ
"Di zaman Rasulullah ﷺ, terdapat satu golongan tertentu yang merupakan benih kepada satu golongan yang mana ada dizaman kita sekarang. Pada suatu hari, Nabi ﷺ mengagihkan harta rampasan perang, kemudian datang seorang yang nampak zahirnya itu adalah ahli ibadah."
"Pakaiannya kusut masai simbol orang itu adalah zuhud akan keduniaan. Kemudian kain pelekatnya yang dipakai sampai kebetis simbol kepada pemakaian sahabat ketika itu. Yang ketiga nampak pada mukanya tanda kesan dia banyak bersujud. Tanda orang itu suka ibadah. Bukankah ini simbol ugama? Simbol ugama."
"Yang dinampak pada orang ini secara zahirnya adalah zuhud kepada keduniaan. Orang yang sama juga. Dia bangkit dan kemudian berkata kepada Rasulullah; "Adil lah kamu wahai muhammad kerana sesungguhnya pengagihan ini tidak dikehendaki oleh Allah سبحانه وتعالى. Nabi yang merah dan menegur kepada orang tersebut; "Kalau aku tidak adil, siapa lagi yang adil setelah aku? Allah سبحانه وتعالى mengamanahkan wahyu langit kepada aku. Takkan kau tak percaya kepada aku sehingga kau tohmah aku tidak adil."
"Apa yang menyebabkan orang ini berani berkata begitu kepada Rasulullah? Kerana dia menjadikan apa yang dia faham itu bercanggah dengan Rasulullah dengan pemahamannya sendiri. Orang ini ahli ibadah, banyak ibadah. Tapi dia sudah mencipta persepsi sendiri yang dijadikan nya sebagai prinsip tanpa merujuk kepada orang yang mendatangkan agama dan faedah didalam agama iaitu Rasulullah ﷺ. Dia menyalahkan Rasulullah. Ditegur oleh Nabi supaya insaf supaya sedar supaya merujuk kembali."
"Oleh kerana ideologi sudah menular didalam pemikirannya. Maka, dia meninggalkan Rasulullah ﷺ tanpa minta maaf kepada rasulullah. Apa kata Rasulullah? "Akan keluar daripada sulbi orang ini orang yang membaca quran itu macam quran baru diturunkan. Fasih sempurna lengkap. Tetapi tidak sampai kedalam sini (hati). Bukan orang kafir, bukan yahudi, bukan kristian, bukan musyrikin. (Mereka) Orang yang baca Al-Quran! Maka akan keluar daripada ugama umpama anak panah keluar daripada busurnya."
"Golongan ini dikenali dengan orang yang zahirnya beribadah kepada Allah swt yang dizaman Saidina Ali r.a. Diperangi oleh saidina Ali. Sifat ini adalah dipraktis oleh golongan Al-Khawarij."
"Siapakah golongan ini yang dizaman Sayyidina Ali mereka diperangi oleh Sayidina Ali. Orang bertanya kpd Sayyidina Ali, siapakah golongan ini? Golongan ini zahirnya yang dilihat macam orang yang beribadah kpd Allah. Dizaman pemerintahan Sayyidina Ali, Sayyidina Ali menyuruh orang ramai memerangi orang-orang khawarij, mereka kata, kami pegang Al Quran tapi taknak pegang pada Sayidina Ali."
"Seolah-olah mereka nak kata Ali tak mengikut Al-Quran. Mereka nak kan pegang Al-Quran mengikut pemahaman mereka lalu memerangi khalifah Rasulullah. Bahkan mereka keluar dari saf Sayyidina Ali. Sebabnya, aku nak pegang Al-Quran tanak ikut Ulama. Ikut apa mereka punya faham. Bukankah sekarang ada golongan yang pegang Al-Quran tapi tolak hadith? Golongan ini, adalah golongan mereka yang pegang hanya pada zahir ayat."
"Allah سبحانه وتعالى tak menyebut dalam Quran utk solat subuh zohor, asar, maghrib dan isya'. Maka mereka tak nak solat. Dengan dakwaan pegang Al-Quran. Ya Salam. Sayyidina Ali ditanya. Wahai amirul mukminin, adakah mereka kufur. Jawab Ali, Tak mereka tak kufur, bahkan mereka tak suka kekufuran, lalu ditanya, adakah mereka munafiq? Jawab sayidina Ali, munafiq tak berzikir kecuali sedikit. Tapi mereka banyak berzikir."
"Kata Sayyidina Ali lagi, mereka saudara kita, yang melampau melawan kepada kita, mereka tak dikafirkan Sayyidina Ali. Walaupun mereka mentohmah & melawan Ali, tapi tak pernah keluar mulut sayidina ali, mereka itu kafir. Mengkafirkan Ini tak pernah merebak dizaman itu, seperti yang merebak dizaman kita sekarang. Tak sama apa yang dia faham, syirik, bidaah, kafir. Sayyidina Ali diperangi, dilawan, ditohmah pelbagai tohamahan tetapi tak pernah mengkafirkan mereka. Idealogi yg mereka cipta, yg memahami islam mengikut kefahaman mereka. Islam ikut apa yang mereka faham. Ikut ideologi mereka."
Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan