Selasa, 28 Julai 2015

2 Cara Mudah Untuk Hilangkan Bengkak Tonsil

 share dari link fb ~Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu  
2 Cara Mudah Untuk Hilangkan Bengkak Tonsil
Sakit anak tekak ataupun bengkak tonsil boleh terjadi pada sesiapa saja. Tak kira umur samada kanak-kanak ataupun yang dewasa.
Kebiasaanya kita dengar orang tua-tua cakap “mesti badan hang nie kurang air, tue jadi bengkak tue”. Nak menunjukkan yang dalaman badan kita “panas” hingga tonsil boleh membengkak.
Tonsil sebenarnya adalah sebahagian sistem pertahanan badan kita. Tonsil bertindak untuk menghalang bakteria yang cuba masuk melalui saluran penafasan kita.
Bengkak tonsil boleh dikurangkan dengan aiskrim dan air garam dan vitamin shaklee
Tompokan putih menunjukan jangkitan kuman
Tonsil hanya bertindak pada peringkat tahun pertama kita lahir sahaja. Selepas itu, limfa akan ambil peranan untuk “menapis” semua bakteria yang cuba masuk.
Apabila tonsil dijangkiti kuman ataupun bakteria (sejenis bakteria streptococcus), dipanggil tonsillitis. Apabila ia akan membengkak dan menyebabkan kita sakit dan susah untuk menelan makanan. Ia boleh membawa kepada demam-demam, batuk, pening dan muntah-muntah.
Lebih teruk, bengkak tonsil ini akan menyempitkan saluran penafasan kita dan akan menyebabkan nafas berbau.
Bengkak tonsil akan surut secara semulajadi tetapi dengan pengambilan antibiotik akan mempercepat proses penyembuhan. Tonsil akan bengkak berulang kali jika sistem pertahanan badan lemah kerana jangkitan kuman.
Dan sebenarnya ada kes yang kritikal apabila tonsil membengkak hingga teruk dan jangkitan kuman merebak ke organ dalaman penting iaitu ke bahagian jantung dan buah pinggang. (Sumber)
Jom saya kongsikan disini cara yang mudah, senang dan murah untuk hilangkan bengkak tonsil.
2 cara mudah untuk hilang bengkak tonsil:
1. Makan aiskrim vanilla
Cara ini paling mudah dan senang. Tambahan mudah untuk pujuk anak-anak yang memang susah nak makan ubat kan.
Beli aiskrim perisa vanilla (kalau boleh yang dalam bekas, bukan yang stick). Elak ambil aiskrim yang perisa chocolate ataupun strawberi ke.
Bengkak tonsil boleh dirawat dengan aiskrim vanila
Memang boleh surut bengkak tonsil. Ini pengalaman diri sendiri.
2. Berkumur dengan air garam
Ini bertujuan untuk matikan kuman-kuman yang ada di sekitar tonsil. Garam dibancuh dengan air suam dan kemudian dikumur kan.
Bengkak tonsil boleh dirawat dengan air garam
Jangan sampai tertelan pula ye. Lakukan berulang kali hingga tekak rasa lebih selesa.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan