Selasa, 14 Julai 2015

(RESEPI LENGKAP RAYA) = Ketupat Palas















share dari link fb ~ Warisan Network

(RESEPI LENGKAP RAYA) = Ketupat Palas

Bahan-bahan : 
1 kilo beras pulut (4 cawan) 
2 1/2 cawan santan pekat (pati santan) 
2 cawan santan cair/air
Sedikit gula 
Sedikit garam 
Daun palas secukupnya

Cara-cara :
1) Beras pulut dibersihkan dan toskan airnya. Asingkan. Tuang kedua-dua santan ke dalam periuk dan didihkan. Kemudian masukkan beras pulut, garam dan gula. Kacau pulut sehingga 1/2 masak ataupun sehingga airnya kering dan pulut tidak lagi melekat di kuali. Gunakan api sederhana dan sentiasa mengacau supaya pulut tidak melekat dan hangus. Padamkan api. Angkat kuali dari dapur dan biarkan pulut sejuk. 

2) Kemudian, lihat pulat cara membuka dan membalut ketupat. Ambil satu batang daun palas. Gunting sedikit hujung sebelah atasnya agar sama. Kemudian buka dan simpulkan seperti ini. Boleh juga dibuka banyak banyak dan simpulkan sekaligus. Daun palas boleh dibuka awal/sehari sebelumnya bagi memudahkan proses membalut ketupat nanti. Pilihlah daun yang panjang dan sederhana lebar bagi memudahkan proses membalut ketupat. 

3) Ambil sehelai daun palas, lapkan depan dan belakang daun sehingga semua habuk2 halus tanggal dan bersih. Simpulkan daun palas sehingga terbentuk kelongsong seperti ini. Lebih kurang macam kelongsong isi kacang putih yang ane india dok jual kat tepi jalan tu.... Biarkan ekor daun palas terjuntai. Masukkan beras pulut yg telah dimasak tadi ke dalamnya. Tekan-tekankan sedikit dengan jari jemari halus anda biar pulut padat di dalam kelongsong. Jangan letak pulut melebihi paras daun kerana ianya akan menyukarkan anda untuk membalutnya nanti. Seelok eloknya biar sama paras dengan sisi daun.

4) Kemudian, tarik ekor daun palas menghala ke bawah bagi menutupi pulut tersebut. Rapatkan dan kemaskan daun tersebut. Biar betul betul ketat balutannya. Pusing pula daun ke belakang kelongsong sambil menghala ke atas seperti ini. Alihkan kedudukan ketupat biar muncungnya menghala ke atas seperti ini. Tarik ekor daun tadi dan sematkan di celah lipatan. Hati hati agar balutan tidak terbuka. Kemaskan/ketatkan balutan dengan cara menarik ekor daun kuat sedikit. Jangan tarik terlalu kuat kerana daun palas akan terkoyak. Agak agakla ya. Kemudian simpulkan ekornya seperti ini bagi mematikan balutan dan juga untuk mengelakkan air dari masuk ke dalam ketupat bila direbus. Guntingkan sedikit tangkainya biar pendek supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam periuk.

5) Rebus/kukus selama lebih kurang 1 ke 1 1/2 jam hingga masak. Bila dah masak, buangkan air rebusan/kukusan dan biarkan ketupat sejuk lebih kurang 4 jam sebelum dipotong bagi mendapatkan hasil yang cantik dan memuaskan. 

Note : Ketupat yang betul2 elok/menjadi, akan tahan 2 ke 3 hari pada suhu bilik. Ketupat yang telah siap dibalut boleh juga dimasukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan disimpan di bahagian sejukbeku dan direbus/dikukus bila perlu.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan