Selasa, 14 Julai 2015

Resipi Biskut2 coklat

share dari link fb ~ Vanilla Kismis

BISKUT COKLAT BIJIRIN


Bahan-bahan: 

200 gm syiling coklat

100 gm bijirin Cornflake

100 gm bijirin Koko Krunch

50 gm badam nipis

50 gm kismis


Cara membuat: 

1. Cairkan syiling coklat dahulu. Sejukkan.

2. Campurkan cornflake, koko krunch, badam nipis dan kismis ke dalam cairan coklat. Gaul hingga rata.

3. Masukkan ke dalam kertas acuan.

4. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
share dari link fb ~ Vanilla Kismis

BISKUT COKLAT CIP

Bahan-bahan:

700 gm tepung gandum

300 gm mentega

300 gm gula halus 


300 gm gula perang

400 gm cip coklat

250 gm kacang walnut 

40 gm serbuk penaik 

30 gm serbuk koko

4 biji telur


Cara membuat: 

1. Pukul mentega, gula halus dan gula perang sehingga sebati.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.

3. Ayak tepung gandum serbuk penaik dan serbuk koko.

4. Masukkan ketiga-tiga bahan ini ke dalam adunan.

5. Masukkan cip coklat dan kacang walnut. Gaul sehingga sebati.

6. Uli adunan menjadi bulat kecil dan letakkan di atas dulang pembakar.

7. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 15 minit.
share dari link fb ~ Vanilla Kismis


BISKUT COKLAT WALNUT


Bahan-bahan: 


250 gm mentega lembut

100 gm gula aising 

2 sudu teh serbuk kopi segera ( dibancuh bersama 1 sudu besar air)


280 gm tepung serba guna (diayak)

150 gm walnut (dihancurkan) 

50 gm serpihan coklat

50 gm walnut panggang


Cara membuat: 

1. Putar mentega lembut bersama gula aising hingga kembang.

2. Masukkan bancuhan serbuk kopi segera bersama tepung, gaul sehingga sebati. 

3. Masukkan walnut bersama serpihan coklat, gaul hingga ia sebati.

4. Bentuk adunan dan letakkan walnut di atasnya.

5. Bakar ia pada suhu 180 Celsius atau 15 minit.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan