Selasa, 14 Julai 2015

BISKUT CHEESE CADBURY

share dari link fb ~ Jamayah Bujang

BISKUT CHEESE CADBURY

Resepi dari: Sis Jamayah Bujang.

Bahan (A)
1) 180gm Butter
2) 80gm Shortening.
3) 90gm gula aising.
4) 1 biji kuning telur A.
5) 1 sudu mkn esen vanila.
6) 70gm cream cheese Philadelphia.

Bahan (B)
1) 400gm tepung gandum.
2) 80gm tepung jagung.
** Ayak kedua2 jenis tepung.

Bahan (C)
Coklat Cadbury secukupnya ~ Utk satu adunan bergantung ketebalan yg kita terap.

Cara membuatnya:-
1) Pukul semua bahan (A) sehingga sebati dan berkrim selama 4 minit.
2) Masukkan bahan (B) dan gaul rata Uli sehingga menjadi doh yg lembut).
3) Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
4) Terap adunan menggunakan acuan yg sama size dgn size coklat cadbury. 
5) Letakkan di atas dulang pembakar yg di alaskan kertas minyak. terap sehingga selesai dan kemudian masukkan semula dlm peti sejuk selama 15 minit lagi.
6) Sementara itu, panaskan oven pada suhu 150cc selama 15 minit.
7) Bakar adunan biskut selama 20 minit, suhu atas dan bawah menggunakan rak yg tenggah.
8) Keluarkan dulang pembakar, sapukan putih telur di atas permukaan biskut, letakkan coklat cadbury dan kemudian bakar semula selama 10 minit suhu 150cc api atas dan bawah di rak yg paling bawah.
9) Sejukkan atas radai dan bolehlah di simpan dlm bekas kedap udara.

Note ~ Cara pembakaran biskut ini adalah cara kita sendiri, alhamdulillah biskut masak sempurna dan coklat cadbury langsung tidak mencair.... mcm mana mula kita meletakkannya begitulah juga bila sdh siap masak, langsung tidak mencacatkan sedikit pun coklat cadbury itu.... 

SELAMAT MENCUBA. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan