Ahad, 12 Julai 2015

RESEPI TART NENAS

share dari link fb ~ Denaihati Network
RESEPI TART NENAS
Bahan-Bahan Resepi Tart Nenas
Bahan A
● 125gm mentega
● 250g tepung gandum
● 1 sudu teh tepung kastard
● sedikit garam halus

Cara Membuatnya;
1. Lembutkan mentega dan putarkan bersama sedikit garam sehingga kembang.
2. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. ( Nota: Sekiranya keras, tambahkan 1 sudu besar air sejuk )
3. Biarkan doh tersebut selama 30 minit.
Bahan B – Untuk inti tart nenas
● 1 Biji nenas parut dan perah sedikit airnya.
● ¾ cawan gula
● 1cm kulit kayu manis.
● 2 kuntum bunga cengkih
Cara Membuat Inti:
1.Masukkan ke semua bahan B, biar sebati.
2. Kemudian, masak sehingga kental, dan bulat-bulatkan inti tersebut.
Sapuan:
2 biji kuning telur, sedikit pewarna dan esen vanilla – kacau hingga sebati.
Cara Membuat Tart Nenas:
1. Ambil bahan A yang sudah dibiarkan selama 30 minit itu, masukkan dalam acuan tart nenes gulung, picit dan letakkan inti kemudian gulung.
2. Sapu di atasnya dengan bahan sapuan.
3. Kemudian bakar selama 20 minit atau sehingga masak pada suhu 160C.
4. Siap dan pastikan tart nenas itu betul-betul sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan