Selasa, 14 Julai 2015

Tart Nenas (versi gulung) part 1








Tart Nenas (versi gulung)
Saya telah kongsikan tart nenas jenis yang gunting tu.. kali ni saya kongsikan tart nenas versi gulung.. sambutan dari pelanggan saya amat menggalakkan sekali.. ramai yang repeat order. Bahan adunan nampak sama.. tapi tetap ada kelainan.. Jom tengok...
Bahan: (menghasilkan 200 biji)
2-1/2 buku butter (1 buku 250g - biar pada suhu bilik)
8 sudu besar gula icing
1kg tepung gandum
5 sudu besar tepung jagung
5 biji kuning telur
Sedikit pewarna kuning 
1 sudu the esen vanilla
Jem nenas
Caranya;
Pukul butter dan gula icing (anggaran 3 minit- guna mixer). Masukkan pewarna kuning, esen vanilla dan kuning telur, pukul lagi hingga kembang. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung perlahan-lahan dan gaul hingga sebati.
Gunakan acuan semperit (dengan permukaan bergerigi sebelah bawah, tekan anggaran 6cm panjang. Masukkan jem dan gulung.
Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit.
Selamat mencuba, kalau jadi.. sila lapor ya..
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan