Selasa, 28 Julai 2015

Petua merawat sakit telinga berair atau bernanah

share dari link fb ~ Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu


Petua merawat sakit telinga berair atau bernanah

Sebarang penyakit, tidak kenal usia. Setiap penyakit yang kita alami, mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah.

Berkaitan gambar di atas ialah gambar pokok lidah jin. Pokok lidah jin memiliki hampir 70 spesis. Maka, terdapat pelbagai jenis dan rupa. Namun, bentuk daunnya adalah hampir serupa. Pokok ini terdapat pelbagai kegunaan untuk merawat penyakit sakit telinga (bernanah @ keluar air bisa).

Oleh itu, dapatkan daun lidah jin sama ada di nursery atau ambil lidah jin yang tumbuh meliar. Jika kita mengambil daun lidah jin yang tumbuh meliar, asasnya haruslah kita memohon kebenaran terlebih dahulu dengan niat untuk mengubati penyakit.

Bagi yang memahami perkaitan konsep kehidupan di alam nyata dan alam ghaib akan mengetahui tujuan memohon kebenaran tersebut. Hidup biar bersopan dan memahami hak orang lain!

Setelah itu, daun itu disalai kulit hijau itu hingga keperangan. Perah dan ambilkan airnya. Titiskan air daun lidah jin ke dalam telinga 3 kali sehari. Air tersebut berfungsi sebagai antibiotik yang cukup mujarab.

Itulah anugerah alam (flora & fauna) milik Allah SWT kepada manusia tetapi manusia seolah mengabaikannya...

Wallahualam



Sumber : 1. Melur 2. WanNura.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan