Khamis, 2 Julai 2015

Pelbagai resipi dari link fb Nieza Nor Hamnira & Samperit Cheese dari link fb Rahsia Hawa


share dari link fb ~ Nieza Nor Hamnira

Resepi ulangan setiap kali Ramadhan tiba 
smile emoticon
 : 1 tin susu cair, buah honey dew (tembikai susu) 1/2 biji ~ blend & tapis air dia, 1/2 botol aiskrim soda, buah kembang semangkuk & biji selasih (rendam seketika guna air biasa je, tak perlu air panas), air gula (agak2 ikut citarasa manis masing2). Masukkan pewarna hijau sedikit. Kacau sebati. Letak ice cube. Sedia untuk dihidangkan. Cubalah hari ini.

Ais Limau Asam Boi ~ Saya memang tak cukup segelas. Bergelas-gelas pun boleh. Satu jug - pun boleh juga. tongue emoticon Ia air minuman 'kenangan mengusik jiwa' masa kerja2 dolu. Selalu dulu saya dapatkan kat salah satu gerai R&R Gelang Patah ke Singapura. Namun dah payah nak singgah lagi nampaknya. 
grin emoticon
 Maka, buatlah sendiri. Boleh 'enjoys'! smile emoticon

Bahan-bahan :
Asam boi (kelabu & tebal)
Limau kasturi (banyak juga, adalah dalam 30 biji cam tu)
Air gula
Air
Ais

~ Buat air gula (air + gula, masak atas dapur)
~ Rebuskan asam boi hingga agak kembang, air sedikit je
~ Cuci dan bersihkan buah limau kasturi, potong dua (melintang), buang biji (tak buang pun takpe)
~ Blend dengan kulit2 sekali (kulit limau bagus untuk rawatan bau badan tau)
~ Tapis, masukkan dalam jug
~ Masukkan air & air gula, kacau hingga tahap kemanisan - kemasaman yang boleh diterima 
smile emoticon

~ Masukkan ais, last masukkan asam boi yang telah kembang direbus tadi. Air dia, terserah, nak campur sekali, boleh, tak campur, pun takpe (takut faktor kemasaman berganda) 
Selamat mencuba! *duyai, tertelan air liur gitu*
Ikan kembung je.. Masak asam pedas. 
smile emoticon
Resepinya : (agak2 sendiri ye kuantitinya)
Cili kering+belacan+bawangmerah+bawangputih ~ blender (Blend 1)
Lengkuas+serai+kunyit+halia+buah keras ~ blender (Blend 2)
Air asam jawa
Sawi asin / Sawi Jeruk (cuci dan rendam sekejap)
Ikan kembung
Terung
Sedikit lada hitam
Garam, perasa, sedikit gula merah

Cara2 : Tumis blend 1 + blend 2 sampai garing. Masukkan gula merah. Agak2 dah nak bersin tu, masukkan air asam. Pastu biar renih jap, masukkan garam + perasa (pasti sedap ke, secukup rasa ke, etc) dan masukkan sawi asin, ikan kembung. Masukkan terung. Percikkan lada hitam, ikut suka nak pedas-petir cemana (hahaha) pastu dah agak2 terbit minyak, perlahankan api sampai dapat kepekatan yang dikehendaki. Siap, sedia untuk dihidangkan. Siapkan air yoghurt untuk serap tahap kepedasan. Selamat mencuba.
Asam Pedas Daging Tetel (Lelemak Daging) <-- walaupun lelemak, saya tetap suka. hehehe.. (macam juga makan sate, yg tang lemak kenyal kena bakar, tuuu lah yang sodap..) Tak gitu? (kalau 'like' tanda anda pun suka lemak tau, ~ habislah!) grin emoticon grin emoticon grin emoticon

Resepinya : (agak2 sendiri ye kuantitinya)
Cili kering+belacan+bawangmerah+bawangputih ~ blender (Blend 1)
Lengkuas+serai+kunyit+halia+buah keras ~ blender (Blend 2)
Air asam jawa
Daging + Tetel Lembu
Sedikit lada hitam
Garam, perasa, sedikit gula merah
Daun limau purut

Cara2 : Tumis blend 1 + blend 2 sampai garing. Masukkan gula merah. Agak2 dah nak bersin tu, masukkan air asam. Pastu biar renih jap, masukkan garam + perasa (pasti sedap ke, secukup rasa ke, etc) dan masukkan daging tetel. Percikkan lada hitam, ikut suka nak pedas-petir cemana (hahaha) pastu dah agak2 terbit minyak, campakkan daun limau purut ke dalamnya.. dan perlahankan api sampai dapat kepekatan yang dikehendaki. Siap, sedia untuk dihidangkan. Siapkan air yoghurt untuk serap tahap kepedasan. tongue emoticon Selamat mencuba


Sharing 
smile emoticon
 ~ Resepi Ayam Goreng Berempah :
1 ekor ayam saiz sederhana - potong & bersihkan, serbuk kari daging, tepung jagung, madu, garam secukup rasa, kiub pati ayam, daun kari



Bahan-Bahan Kisar :
Serai, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, sedikit jintan manis dan jintan putih, ketumbar biji - blend semua (jangan letak banyak air, sekadar lumatkan sahaja) 



Cara2 : Perap ayam dengan bahan2 di atas sekurang2nya 30 mins atau 1 jam. Panaskan minyak, api sederhana, deep fry. Balik2kan dan kacau bahagian bawah kuali untuk serdak2. Angkat bila ayam masak (warna agak gelap), dan toskan serdak2nya. Hidangkan dan taburkan serdak2nya di atas ayam goreng tadi. Walla!
Resepi : Bawang putih + bawang merah, blend. Tumis. Masukkan sedikit sos tiram, sedikit kicap (lemak manis). Masukkan perasa (kiub ikan bilis, garam, gula sedikit - jika suka) dan serbuk lada sulah. Masukkan brokolli, cili potong (serong) & yang paling akhir, cendawan . Balik2kan, jangan lama sangat. Taburkan bawang goreng. Segera transfer ke pinggan lauk dan hidangkan. Siap.

Bubur jagung nostalgia keluarga saya. Still be my favourite. Pantang nampak jagung mentah atau tin jagung (cari yang whole kernel). Mesti nak buat juga. Resepi yang simple tapi sedap untuk sama-sama dikongsi :



2 tin jagung (bukan cream style, tapi whole kernel)

2 tin susu cair

1 kotak kecil santan kotak

1/2 cawan biji sagu (cuci, rendam dengan air sekejap, tos air)

Sedikit air


Gula secukup rasa

Garam secukup rasa

Daun pandanm(simpul)


Cara-caranya, 

Masukkan susu cair dalam periuk, masuk santan, masuk daun pandan simpul, masukkan sedikit air, gula dan garam secukup rasa - masak atas api sehingga sedikit menggelegak (tanda cairan masak bukan mentah)

Masukkan jagung dalam tin atau jagung mentah (whole kernel) dan masukkan biji sagu yang telah ditoskan.

Kacau-kacau selalu agar 'bubur' jagung tidak berkerak dan hangit di bawah, biarkan menggelegak. Rasakan manis, lemaknya sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan. 

Ahh.. teringat masa kecil dulu. It has been always my nostalgic kenangan. 
heart emoticon



Silakan share, semoga ada manfaatnya
 
Nasi Mandhy Ayam like emoticon ~ sedap & simple!
sumber: Azie kitchen from Rozie's kitchen 

Bahan A : 4 cawan beras basmathi, 1/2 cawan minyak, 2 labu bawang besar - potong dadu, 5 ulas bawang putih - mayang, 1/2 cm kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga, 5 tangkai bunga cengkih, 1 helai daun salam, 3 helai daun pandan, 1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara 

Bahan B : 1 ekor ayam di potong 8, 1/2 cm halia, 1 sudu teh serbuk ketumbar, 1 sudu teh serbuk jintan manis, 1 sudu teh serbuk jintan putih, 1 sudu teh serbuk kunyit, 1 sudu teh serbuk lada hitam, 1 helai daun salam
1 sudu makan minyak masak, 1 liter air (agak2 ayam tenggelam), garam dan gula secukup rasa

Cara cara : Kesemua bahan bahan B dididihkan di dalam periuk sehingga ayam masak. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam ini dengan minyak. Manakala air rebusannya disimpan utk memasak nasi. Ketepikan. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 3 helai daun pandan sehingga naik bau.

Masukkan air rebusan ayam tadi ke dalam beras. (Tips : sukatan beras basmathi = air 1 : 1.5 atau satu bahagian beras + satu setengah bahagian cecair]. Masak nasi sehingga kering. Kemudian susunkan ayam rebusan di atas nasi dan buatkan lubang ditengah2 nasi. Letakkan aluminium foil di tengah tengah nasi. Masukkan minyak dan arang yg telah menjadi bara ke dalam aluminium tersebut. Tutup periuk nasi dengan kertas aluminium dan kemudiannya tutup dengan periuk nasi supaya aroma asap terperangkap di dalam periuk. Masak lagi nasi itu sehingga 5-10 minit atau sehingga nasi masak. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa (tiada dalam gambar)

Bahan bahan : 4 biji buah tomato - potong dadu, 1 batang timun dibuang biji - potong dadu, 1 labu bawang besar - potong dadu, 2 tangkai cili merah - dimayang halus, 2 tangkai cili hijau - dimayang halus, 5 tangkai cili padi - dimayang halus, 1 biji lemon diperah ambil jusnya, 1 sudu makan minyak, garam, gula.

Cara cara : Campurkan kesemua bahan2 di atas. Gaul mesra di salam satu mangkuk. Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Mandhy.



Resepi Pajeri Terung (sumber dari Myresipi, Ms Nadia) ~ Barakallahu fik


Bahan-bahannya :
3 biji terung panjang, 2 sudu besar rempah kari daging, 2 cawan santan pekat, 1btg kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji bunga cengkih, 2 sudu besar udang kering kisar, 2 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar, 1 sudu besar kerisik, minyak untuk menumis, gula dan garam secukup rasa.
Cara-cara

Blend bawang putih, bawang merah, udang kering. Gaulkan dengan rempah kari. Terung pula, potong 2 dan setiap bahagian tu belah 4 tapi jgn sampai terputus. Tumis bahan blend tadi dgn rempah kari, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak. Masukkan santan dan kerisik, biarkan sampai mendidih. Kemudian masukkan terung, garam dan gula. Masak sehingga kuah pekat. Rasakan masin manisnya.. Sedia untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas. Siap2kan periuk nasi kat sebelah, untuk nasi panas tambah. 
smile emoticon


Pastu jogging setempat sehari semalam buangkan rasa bersalah terlebih makan.
 
Resepi : 5 biji limau nipis (3 buang kulit & buang biji, 2 biji seadanya), sebiji lemon, 15 helai daun peppermint (pudina), 1/2 cawan air gula & ais. Cara : Blender semua bahan & tapiskan dalam jug, masukkan air gula & air ikut tahap kesihatan memasing.. smile emoticon dan last sekali masukkan ais. Hiriskan lemon dan letakkan daun pudina sebagai hiasan. Penyegar dahaga di kala berbuka.
Resepi : (jumlah agak2 sendiri ye)

*takdo guna bawang langsung
kunyit+cili padi - tumbuk lumat
asam gelugur / keping

sedikit air perahan limau nipis
sedikit belacan

kulit pisang muda + sedikit isi - rebus hingga agak lebam, buang airnya

-masuk air dalam kuali / periuk, jerangkan atas api
-masukkan kunyit+cilipadi tu
-letak sedikit santan (dalam periuk jadi santan-cair)
-masuk asam keping (ganjil kalau leh)
-sedikit air perahan limau
-masuk kulit pisang muda & isinya 
-masukkan santan pekat
-rasakan garam (patutnya rasa dia lemak, masam, masin)
-api sederhana, biar gelegak tapi selalu kacau takmo santan ketul2
-sekejap sahaja, matikan api, siap untuk dihidangkan

Kuih Tepung Pelita Moden ~ sodap tau.. cubalah.. smile emoticon



Resepi : ihsan Cik Yani, MyResipi (Barakallah)
Bahan2 (Lapisan bawah-hijau)
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit pewarna hijau
sedikit kapur dan sedikit garam

Bahan2 (Lapisan atas-putih)
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 kotak santan 250ml
2 cawan air
sedikit garam

Cara-cara : (lapisan bawah-hijau)
1. Tepung beras, air, gula, air daun pandan (+sedikit pewarna hijau) dan air kapur dibancuh hingga sebati
2. Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat (hingga nampak adunan meletup2 buih besar)
3. Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap

Cara-cara lapisan atas :
1. 1 kotak santan dicampurkan dengan 2 cawan air, 4 sudu tepung beras dan garam
2. Kacau sehingga sebati
3. Masak adunan dan kacau sehingga adunan pekat, 
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
4. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi
5. Sejukkan smile emoticon

Saya tak pernah jemu dengan paprik. Tapi ini kali pertama saya buat lauk paprik sendiri. In shaa Allah, resepi ini sangat sedap! Cuba lah ye.. 



Sumber : http://resepicikguani.blogspot.com/ (Barakallahu fik, sis) heart emoticon

AYAM PAPRIK
Bahan-bahannya:
4 ketul ayam - dihiris kecil
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
1 biji cili merah - dihiris serong
11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje
2 helai daun limau purut - disiat-siat
bunga kobis - dihiris kecil
1/2 biji karot - dihiris serong
2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
sedikit kicap pekat (untuk warna sahaja)
garam
1 cawan air

Cara-caranya:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
Masukkan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
Tutup api dan hidangkan.
Habis diet ke laut. Lupa semua ikrar sudaaaa... grin emoticon

Resepi ihsan Che Ann heart emoticon (Barakallah, sista)

Bahan2 :
• 2 papan petai
• 2 sudu besar tempoyak
• 2 genggam ikan bilis
• 1 biji bawang besar*
• 1 ulas bawang putih*
• 15-20 biji cili api*
• 1 inci kunyit hidup*
• Garam gula secukup rasa
• Sedikit minyak utk menumis

Cara2 Memasak :
1. Petai belah dua, basuh tos
2. Blend/tumbuk semua bahan yang bertanda *
3. Goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan
4. Masukkan bahan tumbuk/blend dan petai, tumis hingga naik bau.
5. Masukkan tempoyak, kacau seketika dan masukkan ikan bilis
6. Masukkan Garam gula dan perasa secukupnya
7. Masukkan sedikit air, kacau dan masak hingga semua bahan mesra dan menjadi pekat

Kuih Bakar Daging, resepi ihsan Kak Jee (dapurkakjee.com). Allah.. saya selalu percaya dengan resepi dari Kak Jee. Selalunya rasanya asli dan memang sedap. Dia tidak lokek ilmu dan teknik. Barakallah, sista.. semoga selalu dalam barokah Allah dan kasih-sayangNya. Aamiin.heart emoticon

BAHAN2NYA:

250 gms daging cincang, 1½ sudu rempah daging, 1 labu bawang besar, garam secukup rasa. 3 cawan tepung gandum, 3 cawan santan/susu cair, 3 cawan air,
5 biji telur, sedikit garam, sedikit pewarna kuning, daun bawang, sedikit cili hiris halus, minyak sapi/margerin.

CARA MEMBUATNYA: (cut n paste K Jee punya tapi di-edit ikut cara saya membakar kuih saya dalam gambar tu)

Panaskan kuali. Bubuhlah 1 sudu minyak dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Sejukkan.

Pukul telur hingga kembang, masukkan semua cecair (susu dan air) dan kacau sampai rata. masukkan tepung dan kacau hingga sebati. Kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus. Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Panaskan oven suhu 160 darjah. Ambil acuan kuih bakar. Masukkan ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan (masukkan dalam oven dalam 5 mins). Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan. Masukkan dalam oven sebentar lebih kurang 2 minit. Pastu keluarkan acuan, sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan2. Mula di bahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Masukkan ke dalam oven suhu 180 api atas dan bakar 40 minit. Keluarkan kuih ketika masih panas. Paipkan sos cili ke atasnya. Sedap tau. Selamat mencuba.
Kuih Bakar Pandan. Resepi ihsan Joayee MyResipi. Telah ditambah sedikit rempah untuk menambahkan rasa & bau yg lebih sedap. like emoticon

Resepi : 1cawan gula, 1 cawan air + jus pandan, 2 cawan tepung gandum, 2 1/4 cawan santan, 2 sb butter, 3 biji telur, 1/2 sk garam, 1 sb serbuk rempah (rempah kek lapis), 1/2 sk pewarna hijau, bijan untuk ditabur di atasnya.

Cara : Blend semua kecuali bijan. Panaskan oven 200C dan masukkan loyang yang telah diletakkan sedikit minyak. Keluarkan loyang panas untuk tuang adunan yang telah diblender. Bakar selama 45 minit, jika nak lebih garing, tambah lagi 5 minit selepas tu. Siap! Selamat mencuba ye

400gm tepung gandum
1/2 cawan minyak panas (+ 2sudu besar butter)
Masukkan dalam tepung, ramas2kan sampai ala breadcrumb
1/2 cawan air sejuk + sedikit garam
Masukkan dalam adunan tepung tadi, uli sedikit2 sehingga kesemuanya sebati
Ponjot kecil2 (muat2 untuk satu keping karipap) dan biarkan sebentar, lebih kurang 1/2 jam
Siap untuk diuli dan dibentukkan.

Inti karipap simple : (kalau nak inti daging, letak daging kisar sedikit)
Minyak, sedikit udang kering, bawang putih, bawang merah, kentang potong dadu, rempah kari, garam. Tumis bahan di atas dan letak air tutup paras kentang, api sederhana dan kacau selalu agar tidak hangus. Tutup api bila inti kentang agak pekat.

share dari link fb ~ Rahsia Hawa

heart emoticon
 BISKUT SAMPRIT CHEESE 
heart emoticon
BAHAN2NYA

200g mentega (yg tulen akan membuatkan biskut lebih sedap)
100g cream cheese
130g gula icing
200g tepung jagung kupu2
140g tepung kastad(birds custard)
180 g tepung gandum
2 biji kuning telur
2 camb susu pekat manis
1/2 camt esen vanilla
ceri merah @ kismis hitam@ choc chip untuk hiasan

CARA2NYA

Pukul mentega,cream cheese sehingga gebu.Masukan esen vanilla susu pekat dan telur sebiji2.Pukul perlahan sampai sebati.Campurkan kesemua tepung,masukan sedikit2 sambil dikacau dengan spatulla sehingga menjadi doh.Biarkan 5-10 min.Picit dengan acuan samprit.letakan ceri @kismis hitam @choc chip sebagai hiasan.Bakar 15 min,suhu 150*C dengan api bawah.

Selamat mencuba
Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan