Rabu, 1 Julai 2015

Merawat sakit lelah/asma



share dari link fb ~ Anametsuri Al-Kubra  
Beberapa tahun yg lalu, saya terkena sesak pernafasan. Mungkin Asma/semput. Bila batuk akan keluar kahak/sinus yg hijau pekat macam cendol. 
Hehe sorry ladies!

Macam-macam jenis ubat saya beli, baik di Klinik, Farmasi mahu pun di Sin Seh. Waktu itu banyak negara dilanda wabak SARS. Takut juga lol.
Adalah hamba Allah yg ajarkan saya satu ramuan. Bila saya gunakan dan tampalkan ke dada sebelum tidur, esok harinya, masya Allah walhamdulillah wa syukur rahmadallah, terus pulih hingga sekarang tak ada diserang sakit lelah/asma lagi.
Berikut adalah ramuan dan tatacaranya :-
1. Bunga Raya/Hibiscus segemgam tangan.
2. Daun Bunga Raya/Hibiscus satu gemgam.
3. Daun Ketam Guri satu gemgam (tumbuhan ini daunnya kecil sebesar kuku ibu jari tangan, bunganya warna kuning kecil juga. Banyak tumbuh secara melata atas tanah di sekitar kampung2 tepi rumah tanah berpasir.)
4. Daun Ribu satu gemgam. (Tumbuh secara menjalar di pagar dan pohon2 lain. Daunnya bujur panjang lebih kurang 2 inci.)
5. Kunyit satu ruas jari.
6. Beras sejemput.
7. Setengah gelas air.
~Bahan2 tersebut dimasukkan ke dalam blender dan dikisarkan hingga lumat. Setelah siap masukkan ke dalam bekas. Apabila hendak tidur malam, tampalkan ramuan tersebut di dada.
Insya Allah, mujarab.

~Saya telah gunakan kaedah ini pada beberapa orang yg mengidap penyakit asma dan Alhamdulillah, sembuh.
Semoga bermanafaat dalam saling membantu sesama insan, biiznillah.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan