Khamis, 23 Julai 2015

MiangKham

share dari link fb ~ 
Resepi Bonda

MiangKham

BAHAN UTAMA 
smile emoticon

Daun kaduk secukupnya (boleh lihat pokok kaduk dalam gambar dibawah)

BAHAN SOS 
smile emoticon

200 g gula melaka, dipotong kecil*
200 ml air*(*dimasak hingga gula larut, angkat dan tapis)
2 camca besar sos ikan
1/2 inci belacan, dibakar
3 biji bawang merah, jangan dikupas
1 cm halia, jangan dikupas
1.5 cm lengkuas, jangan dikupas
50 g kelapa parut

BAHAN ISIANNYA 
smile emoticon

6 biji bawang merah, didadu
3 biji limau nipis, buang kulit dan biji, potong kecil
8 biji cili padi merah dan hujau, hiris halus
2 camca besar udang kering, rendam sekejap, toskan dan goreng tanpa minyak hingga garing
3 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, dan hiris halus
100 g kacang tanah, digoreng tanpa minyak hingga garing, dan cincang kasar (mat guna sebiji2)
80 g kelapa parut putih, digoreng tanpa minyak hingga perang
10 g halia muda, buang kulit dan potong kecil2
1 kuntum bunga kantan, hiris halus

CARA MEMBUATNYA 
smile emoticon

Daun kaduk, dicuci dan lap kering2. Ketepikan. Panggang, bawang merah, halia dan lengkuas hingga harum, kupas kulit, potong kecil dan ketepikan. Goreng tanpa minyak kelapa parut hingga perang. Kisar bahan2 tadi dalam alat pengisar bersama sedikit air hingga halus. Dalam sirap gula melaka tadi, masukkan sos ikan dan bahan2 kisar dan gaul hingga semua rata dan sebati. Ketepikan.
Ambil sehelai daun kaduk bersih tadi, letak sedikit, setiap bahan2 isian tadi. Curahkan sos dan lipat daun kaduk seperti orang makan sirih. Makan dan nikmati dengan sabar dan tenang.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan