Zun Nun aL-Misri r.a berkata:
"Aku pernah musafir sebanyak tiga kali. Kali pertama aku diterima oleh orang awam dan orang khawas. Pada kali kedua, aku diterima oleh orang khawas tetapi ditolak oleh orang awam. Pada kali ketiga pula, aku ditolak oleh orang khawas dan orang awam."
Ini kerana dalam musafir yang pertama, beliau mengajar tentang taubat, mujahadah dan pelbagai jual-beli dengan ALLAH Ta'ala. Jadi, yang ini dapat difahami oleh orang khawas dan orang awam serta mengetahui suruhan dan larangan-nya. Sebab itu beliau diterima.
Sementara musafir yang kedua, beliau r.a datangkan kepada mereka dengan sifat Zuhud. Maka yang ini tidak diterima oleh orang awam melainkan orang khawas.
Tetapi dalam musafir yang ketiga pula, beliau r.a datangkan kepada mereka iLmu Hakikat. Maka yang ini pula tidak diterima oleh orang awam dan orang khawas, melainkan Khawas al-Khawas saja yang menerimanya.
Tegasnya, tidak sewajarnya bagi orang yang mengajar membicarakan sesuatu iLmu itu melainkan yang bersesuaian dengan perlakuannya (kedudukannya). Ini kerana bersahabat dengan orang Muntaha (orang 'Arif billah) dan berbicara dengannya, tidak sama seperti bersahabat dan berbicara dengan orang Mubtadi (orang yang baru mula meniti perjalanan menuju ALLAH Ta'ala).
- Syeikh Daud bin Syeikh Wan Abdullah Al-Fathani copy n paste
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan