Selasa, 21 Julai 2015

Berbalik pada tadi, jadi, yang mana lebih baik, golongan a atau golongan b?



gambar sekadar hiasan


share dari link fb ~ Al-Hussaini Mustafa Hadi

“Ah, daripada perempuan tu pakai tudung tapi perangai hampeh, lebih baik perempuan tak pakai tudung tapi perangai baik.” “Aku walaupun tak pakai tudung tapi baik.” “Biar tak solat tapi perangai baik.”
Pemikiran ini parah. So kes dia, dia membanding-bandingkan segolongan orang dgn segolongan yg lain. Yakni, antara keduanya yg mana lebih baik? So dari pandangan tadi, kita boleh bahagikan pada 2 golongan:

a) Orang yg menjalankan syariat agama, tapi perangai tak baik.
b) Orang yg perangai baik, tapi tak jalankan syariat agama.
So, mana satu lebih baik?
Sebelum tu kita kena faham apa tu pakai tudung. Orang Melayu faham kalau pakai tudung tu maknanya dia dah jalankan syariat agama. Ini dari istilah budaya(1). Betul, kalau tujuan dia pakai tudung untuk menutup auratnya dgn sempurna. Tapi memakai tudung bukan bermakna dah sempurna tuntutan BERHIJAB yakni menutup aurat, dalam istilah syariat. Pakai tudung hanya salah SATU CARA utk menutup aurat, bukannya dengan memakai tudung, MENYEBABKAN telah sempurnanya tuntutan menutup aurat itu. Berhijab atau menutup aurat ini maksudnya menutup keseluruhan bahagian aurat, bukan sebahagiannya. Aurat bagi perempuan adalah keseluruhan anggota badannya kecuali muka dan telapak tangannya, bagi lelaki dari atas pusat hingga bawah lutut (mengikut mazhab syafie’). Caranya adalah dgn melabuhkan alat menutup aurat itu (samada tudung dll), bukan “membalut” aurat tersebut. Hari ini orang pakai tudung, dia cuma tutup kepala je, tapi aurat lain tidak. Kemudian, satu lagi golongan, yg jenis balut aurat dia walaupun semua bahagian aurat dia cover. Ingat, “perhiasan” kena jaga juga. Maksudnya tak nampak bentuk sekalipun. Kerana itu, salah satu caranya “dilabuhkan”. Ini dalam larangan bertabarruj (menunjuk2 perhiasan yg ada) sekali. Jadi tak sempurna hijabnya. Jadi objektifnya atau hikmah menutup aurat tidak tercapai.
Kemudian, kita kena faham, macamana boleh jadi terbukanya “aurat”, yakni yg menjadikan wajibnya menutup aurat. Terbukanya aurat, bila orang yg tidak dihalalkan memandang aurat kita (bukan mahram), memandang aurat kita. Jadi tuntutan menutup aurat dihadkan yakni wajib bila ada orang bukan mahram berada dalam lingkungan pandangan aurat kita (boleh nampak aurat kita). Umumnya kat luar rumah la. Tapi khusus kalau rumah kita buat rumah terbuka, orang keluar masuk rumah, kena la setiap masa jaga aurat walaupun dalam rumah. Kalau kita bogel lari2 dalam rumah, selagi takde orang bukan mahram nampak kita, selagi tu aurat kita terjaga. Tapi Allah, Malaikat still nampak kita, ada cicak ke lipas pun nampak apa kita buat time tu, cuma aurat dengan Allah, Malaikat dan makhluk lain itu hanya sunat sahaja. Salah satu hikmahnya adalah sebab tiada nafsu (syahwat) antaranya. Kalau ada haiwan bernafsu dgn kita, maka lebih elok tutuplah walaupun sunat (mana tahukan). Itu bab akhlak pula.
Dalam kes ini, disarankan kita baca kisah Rabia'tul Adawiyah, seorang ahli sufi wanita yang mengorek biji matanya hanya kerana seorang lelaki meminati kecantikan matanya.
So kita dah faham, bahawa kalau kita tutup aurat dengan kotak pun, waimah dgn tudung saji sekalipun, selagi cukup dan lengkap caranya tutup aurat mengikut syariat, maka sempurnalah kita tutup aurat tu. Tapi kalau pakai tudung pun, kalau objektif tutup aurat tidak tercapai, tidak sesuai dgn kehendak syariat, maka belum sempurna hijabnya itu.
Kemudian kita kena faham tentang solat. Kita sedia maklum, solat itu HUKUMNYA wajib sebab hukum itu perintah Allah langsung dari Al-Quran. Cuma CARA solat yg berbeza2 mengikut mazhab kerana takwilan cara solat adalah mengikut ulama/mazhab-bukan mengikut Al-Quran. Satu benda, kurangkan prejudis dgn cara solat org yg nampak berbeza sedikit dari kita. Kita patutnya lebih "prejudis" (yakni ambil berat) dgn keadaan org yg tak solat yang masih ramai lagi tak buat. Cerita pasal perbezaan mazhab ini bukan tak patut, tapi sebab bukan kita (umumnya org awam) yg cerita benda ni tentang mazhab sana sini sesat melainkan perkara itu hanya sesuai dibincangkan dan diperkatakan oleh ulama kerana penggunaan terma,istilah dan kefasihan dalam ilmu agama yg berat. Sama juga masalah hukum (yang ganjil2). Selagi boleh sangka baik, kita sangka baik. Kalau boleh betulkan, betulkan dengan CARA atau melalui PROSEDUR yg betul. Kita tak suruh tolak tepi, tapi cukup sekadar ambil tahu, bukan bincangkan atau pertikaikan. Kita ada masalah yg lebih getir lagi, yang ramai dari kita tahu, tapi tak buat. Sebab itu, ulama’ umumnya kurang memperkatakan atau mempertikaikan ttg cara solat sesuatu aliran (maksudnya bukan tidak, tapi kurang kerana adanya konteks kepelbagaian mazhab), namun lebih parah memikirkan kenapa orang tidak mahu solat walaupun mengaku ahlussunnah wal jamaah.
Hukum solat masih tetap wajib dalam apa keadaan sekalipun. Kita sakit pun, masih tetap wajib, sekalipun kita lumpuh seluruh badan; selagimana akal kita masih sedar dan waras (conscious), dan berada dalam keadaan suci dari hadas. Sebab itu kita ada rukhsah solat; yakni kemudahan utk kita melakukan solat. Bila kita musafir, kita boleh jama’ (menggabungkan) dan qasar (memendekkan) solat. Kalau tidak ada air utk berwudu’, kita boleh bertayammum. Bahkan kalau orang tu lumpuh seluruh badan pun, dia masih wajib solat dengan mengisyaratkan pergerakan solat menggunakan kelopak mata. Kalau kelopak mata pun tak boleh, dalam hati je. Kalau terlupa/tertidur, wajib qadha’. Jadi, solat ni umumnya tak boleh ditinggalkan melainkan dia gila (hilang akal), tidak sedar atau mati. Mati pun, masih disucikan dan disolatkan.
Syariat Islam merupakan satu hal yg sangat dituntut agar dipelajari dan dilakukan oleh orang Islam. Melaksanakan solat mahupun menutup aurat merupakan dua daripada banyak bahagian utk menyempurnakan syariat, dan antara yg paling asas namun kritikal yang ramai orang Islam hari ini ambil acuh tak acuh sahaja.
Wajar diketahui, sikap/perangai/akhlak yg baik juga merupakan tuntutan atau syariat dalam agama. Orang seringkali menisbatkan akhlak yg baik pada akhlak kepada manusia dan akhlak kepada makhluk lain (flora dan fauna/alam dan haiwan). Ini merujuk pada kasih sayang sesama manusia, haiwan dan alam. Perkara ini baik dan dituntut.
Akan tetapi, seringkali kita lupa pada dua jenis akhlak lagi yg lebih utama (berada di queue paling hadapan), yakni Akhlak pada Allah dan Akhlak pada Rasulullah. Kita dah jaga hablumminnas (hubungan dgn manusia) dan hablumminal’alam (hubungan dgn alam), tapi kita tak jaga hablumminallah (hubungan dgn Allah) yakni syariat2/perintah agama. Manakala berakhlak pada Rasulullah SAW (dalam meneladani sunnah baginda) itu menyempurnakan akhlak kita pada Allah SWT. Kita tak mampu nak buat semua sunnah nabi SAW, tapi hal yg wajib dalam agama itu sunnah yg paling wajar dijaga. Kalau diberi erti kata lain, hal yg wajib itu hal yang paling ringan (untuk dilakukan) dalam agama; kalau mahu dibandingkan dgn keseluruhan sunnah nabi SAW.
Hikmah dalam melaksanakan syariat Islam ini banyak, baik yg telah dibuktikan secara saintifik (zahir) ataupun secara spiritual (batin). Hikmah ini salah satu cara sebagai motivasi utk kita melaksanakan syariat agama. Motivasi lain adalah dgn ganjaran pahala, fadhilat dll. Tapi secara hakikatnya (tahap orang mukmin), bagi seorang hamba Allah yg sebenar-benar hamba, cukup hanya sebab perkara itu adalah perintah Allah, maka dia lakukannya. Dia tidak perlukan lagi hikmah, fadhilat atau motivasi untuk menunaikan syariat agama. Hanya sebagai tanda ketaatan seorang hamba kepada “tuan”nya. Sebagai tanda mahabbah (cintanya) pada Allah dan Rasul-Nya. Untuk erti apa manusia hidup melainkan kerana rahmat Allah SWT melalui kekasihnya Rasulullah SAW yang mulia. Kalau tidak kerana Allah, maka manusia ini tidak ada (tidak wujud). Kerana yg wujud itu hanya Allah. Sebab itu, perintah Allah (syariat agama) ini boleh jadi ujian atau rahmat bagi manusia, samada dia berfikir menggunakan akalnya bagaimana utk “tidak buat” (meringankannya), atau dia berfikir bagaimana (berusaha) utk buat (kerana tenggelam dgn rasa cintanya(2)).
Berbalik pada tadi, jadi, yang mana lebih baik, golongan a atau golongan b?
Kedua-duanya sudah melakukan perkara baik, tapi masih ada perkara yg boleh diperbaiki lagi. Dari aspek keutamaan, yang mematuhi syariat itu lebih baik (termasuk yg perangai baik). Tapi kalau kita lihat dari definisinya dan perlakuannya, masih ramai lagi yg menutup aurat bukan utk mematuhi syariat, tapi kerana mematuhi kehendak budaya. Kalau tidak, dia tidak akan “memakai tudung”, tapi “berhijab”. Namun, kadang2 bukan sebab dia tidak mahu mematuhi syariat, tapi sebab dia tidak tahu (maksudnya dia hanya tahu “memakai tudung” itu dah cukup syariat). Orang begini wajar didakwahi/diberitahu dan kita masih harus bersangka baik.
Kadang kala juga, orang berperangai baik bukan kerana syariat (dituntut agama), tapi sebab persekitaran dan budaya yang mempengaruhi dia berperangai baik atau sopan. Anak raja keberangkalian menjadi raja, anak tukang besi keberangkalian menjadi tukang besi juga. Maksudnya, orang yg lahir dalam keluarga/masyarakat yg asas budayanya baik, maka kemungkinan dia dibentuk dgn budaya yg baik juga, dan sebaliknya. Bergaul dgn orang soleh, maka kita boleh jadi soleh juga. Bukannya mesti, tapi umumnya atau rata-ratanya (faktor psikologi dan persekitaran). Ini budaya atau aspek pembudayaan yg baik, tapi wajar dilihat kembali pada niatnya.
Perhatikan dalam setiap niat ibadah agama kita, dihujungnya ada “kerana Allah Taala.” Orang ‘alim juga ada sebut “betulkan niat tu.” Seharusnya, bila disebut niat atau tujuan, harus sama dgn niat ibadah agama kita. Kalau tidak kerana budaya, masakan orang menjaga akhlak sesama manusia dan alam, tapi seringkali mengabaikan akhlak pada Allah SWT dan Rasulullah SAW yakni dalam memenuhi syariat2 agama yg lebih dituntut (wajib). Kalau dia betulkan niat dia, dia akan sedar bahawa niatnya berperangai baik harus kerana mencari redha Allah, bukan redha makhluk-Nya. Dan dia tidak akan meninggalkan perintah-Nya. Sama juga, kadang2 bukan sebab dia tidak mahu mematuhi syariat, tapi sebab dia tidak tahu (maksudnya dia hanya tahu “berperangai baik” itu dah cukup syariat). Orang begini wajar didakwahi/diberitahu dan kita masih harus bersangka baik.
Kedua2 golongan seperti yg disebutkan (a dan b) khususnya, dan seluruh umat Islam umumnya, wajar saling memperbaiki apa yg mereka kurang/tidak ada/abaikan, bukannya saling menunjuk-nunjuk kelemahan antara satu sama lain. Amalan ini kurang elok dan hanya memecah belahkan ummah.
Islam ini kena buat dan fahami secara keseluruhan, bukan sebahagian-sebahagian. Taknak buang tepi. Nak, ambil. Benda ni nafsu. Agama ini tidak dikelolakan dgn nafsu, tp dengan ilmu dan perbuatan. Nak tahu benda tu kita buat kerana nafsu atau tidak, muhasabah diri, belajar, dan muhasabah kembali. Apa kita boleh buat, perbaiki diri dan istiqamah. Kita tak akan terus tiba-tiba jadi 'alim dan soleh.
Kalau orang yg benar2 mengaplikasikan definisi tutup aurat ke dalam hidupnya, dia akan tutup akhlak buruknya sekali. Manakala kalau orang yang benar2 mengaplikasikan akhlak/perangai baik ke dalam hidupnya, dia akan berakhlak baik juga dengan Allah dengan melaksanakan perintah-Nya.
Sama-sama beringat.
Wallahu’alam bissawab.

------------------------
(1)budaya itu bukan hanya terhad pada budaya melayu atau etnik/bangsa tertentu sahaja. Budaya yg dimaksudkan yakni dalam aspek habit atau kebiasaan ataupun corak pemikiran, suatu pegangan yang sudah menjadi resmi atau adat kebiasaan yg perlu dilakukan.
(2)rasa cinta mana mungkin disukat dengan sebab atau nisbah. Kerana lazimnya pencinta, maka apa sahaja yg dikehendaki yg dicintainya maka pasti ditunaikannya. Ini berbeza pada tahap perkenalan (sbb tu ada motivasi/sebab/fadhilat/ ganjaran dll). Yakni dalam hakikat cinta pada Allah. Ini hanya utk menunjukkan betapa rata2nya kita, ibadah kita, pemahaman kita, sebenarnya, masih jauh lagi dari apa yang dipanggil mukmin sejati seperti yg dialami oleh orang yg bertaqwa, yg bukan hanya taat, tapi jatuh cinta dengan rabbnya. Sebab kalau dah jatuh cinta, kita tidak mahu sekalipun untuk ingkar perintah/kemahuan yang dicintai kita, meskipun disuruh ingkar. Orang yang bercinta ini boleh jadi macam orang gila yg tak ramai org faham. Depth atau levelnya lain; sbg perbandingan kalau kita dah rasa kita dah cukup muslim atau mukmin hanya dengan mengerjakan syariat. Kalau kita rasa kita dah cukup buat, maknanya kita belum lagi cukup buat. Itu kalau yg buat. Kalau tidak buat? Mungkin jadi muslim sahaja masih belum habis lulus lagi. Lulus kemasukannya dah ada (syahadah), tapi lain2 wallahu'alam. Orang 'alim kata, syahadah pun belum tentu sempurna yakni sekadar lafaz, belum batinnya. Muroqabah pun belum tentu apatah lagi mahukan musyahadah (rukun ihsan). Kalaulah terma2 ini diberatkan pada orang awam (dengan keras), runsing mereka.
Disarankan baca kisah2 para wali dan ahli sufi yg zuhud. Jangan ingat ahli sufi ini zuhud tak berharta, bersolat semata2. Imam Alawi Al-Haddad antara ahli sufi yang zuhud dan alim yg ada harta banyak, tapi setiap pohon dalam kebun kurmanya dia baca surah yassin satu2. Kebanyakan ahli sufi thariqah alawiyah/para imam dan syeikh, habaib dalam leluhur alawiyyin ramai yang kaya raya, tapi ahli zuhud juga. Tapi walaupun mereka kaya, ada status, tapi ibadah dan sikap zuhudnya pun kaya juga (yang bukan calang2). Baca riwayat mereka. Selain dari leluhur alawiyyin, boleh baca kisah Ibrahim Adham, Imam Junaid Al-Baghdadi, Imam Hasan Al-Basri dll. Itu baru ulama, orang soleh, belum sahabat nabi, dan belum lagi nabi SAW.
Berdasarkan kisah2 mereka, "Islam itu mudah" sebagai motivasi. Bukan Islam itu kita boleh anggap segala-galanya mudah. Jadikan "Islam itu mudah" mcm positive thinking utk terus buat tapi bukan thinking ikut nafsu utk buat. Sebenarnya, yang wajib itu merupakan permulaan kita utk melakukan lebih baik, bukan sebagai maximum ibadah kita yg paling baik. Kalau kita solat pun, belum tentu solat kita diterima Allah, apatah lagi tak solat. Solat itu berat melainkan bagi orang-orang yg khusyuk.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan