Selasa, 28 Julai 2015

Daripada Abuya Sayyid Ahmad Bin Sayyid Muhammad Al-Maliki ~ Nasihat Iman

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin

Nasihat Iman; "Pesanan para fuqaha. Para fuqaha mengatakan, “Tidaklah aku bertemu dengan guruku kecuali mereka berpesan tiga perkara iaitu untuk bertaqwa kepada Allah سبحانه وتعالى, membaca Al-Quran, dan mencari ilmu. Allah سبحانه وتعالى berfirman didalam Al-Quran agar kamu menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah سبحانه و تعالى."

"Hamba yang bertaqwa iaitu hamba yang benar-benar mengabdikan diri kepada Allah سبحانه و تعالى, iaitu hamba yang beramal dengan Al-Quran, takut kepada Allah dan melakukan persiapan untuk selepas kematian.
Dan hendaklah kita mengambil bahagian untuk sentiasa berzikir kepada Allah سبحانه و تعالى, sepertimana yang disebut dalam Al-Quran yang menganjurkan untuk sentiasa berzikir."

"Al-Imam Ibnu Hajar rah. berkata; "Hendaklah seluruh anggota kamu berzikir pada Allah.” Rasulullah ﷺ memberikan perumpamaan bahawa orang yang berzikir pada Allah itu hidup, sementara orang yang tidak berzikir itu mati. Yakni kebaikan akan dapat kepada orang yang hidup orang yang berzikir, dan orang yang mati tidak berzikir tak dapat manfaat atau kebaikan."

"Jangan kamu sangka zikir itu sekadar kamu pegang tasbih dan berzikir kepada Allah sahaja. Imam Ibn Hajar Al-Asqolani berkata, “Seluruh anggota tubuh manusia, zahir dan batin, mesti ada bahagian dalam berzikir kepada Allah” agar ianya membawa kepada pendekatan diri kepada Allah سبحانه و تعالى."

"Hadis sahih yang cukup mulia daripada Rasulullah ﷺ bersabda; “Sesungguhnya agama itu nasihat.” Agama itu adalah daripada iktikad pemahaman kita, oleh itu dasarnya ialah saling menasihati. Kalau tidak demikian, tidak dibawa kesempurnaan ini, dan tidak diturunkan Al-Quran atau para nabi. Tapi Allah ingin untuk adanya agama."

"Maka Allah turunkan Al-Quran dan utuskan para Rasul, tidak lain untuk mengingatkan satu dengan yang lain. Setelah itu ditutup para Rasul dengan Rasulullah ﷺ dan Nabi kita telah berpindah kepada Allah سبحانه وتعالى. Tapi ditinggalkan kepada kita Al-Quran, agama dan manhaj yang benar, ibarat cahaya terang yang menerangi yang sempurna sepertimana firman Allah; “Dan Hari ini telah Ku-sempurnakan agama ini.” 

"Dan Nabi ﷺ telah wafat tapi masih kekal kepada kita hari ini Al-Quran dan warisan para Nabi ﷺ iaitu mereka yang benar-benar menjadikan Rasulullah ﷺ ikutan mereka dan meneruskan dakwah baginda Rasulullah ﷺ. Sebagaimana manusia mampu pergi ke bulan, bina kota di atas laut dan sebagainya, tapi masih perlu kepada cahaya Allah untuk ditunjukkan ke jalan kebenaran."

"Sesungguhnya masalah , musykilla yang berlaku boleh berubah menjadi kebaikan dengan kembali kepada Al-Quran. Tapi manusia lupa dan berhajat kepada orang yang boleh beri peringatan kepadanya. Nasihat itu daripada segi bahasa di ambil daripada perkataan bermaksud membersihkan, yakni maksudnya orang yang memberi nasihat itu hendaklah benar-benar bersih hatinya dan ingin benar-benar mengajak kepada kebenaran."

"Sebagaimana orang yang hidangkan madu yang bersih dan benar, maka orang yang menasihati perlu juda bersih dan benar. 
Bila datang kepadamu ayahmu atau Syeikhmu dan mengatakan; “Jangan banyak bermain komputer atau gajet. Apa maksudnya?” Maksudnya adalah untuk menjaga kamu daripada perkara yang tak bermanfaat, daripada maksiat mata dan sebagainya."

"Bila datang gurumu mengatakan banyakkan berselawat pada malam ini. Apa yang dia inginkan? Dia ingin wajahmu diterangi cahaya. Kalau seorang ibu datang berpesan agar anak perempuannya taat kepada suaminya itu tidak lain hanyalah menginginkan anaknya bahagia. Jadi, jiika guru pukul anak muridnya, apa yang diinginkan?"

"Tidak lain selain daripada kejayaan anak muridnya. Oleh kerana itu dalam Al-Quran, Allah سبحانه وتعالى melaknat kaum Yahudi melalui lisan Nabi Daud a.s dan Nabi Isa a.s kerana mereka memutuskan nasihat daripada Nabi mereka. Agama itu nasihat, dan nasihat itu iman."

"Disebutkan didalam hadis akan datang maksiat bahkan di jalan-jalan pun ada maksiat. Kenapa jadi begitu? Kerana orang sudah kurang menasihati satu dengan yang lain. Orang yang beri nasihat hendaklah lemah-lembut, dan berbaik ketika menyampaikannya. Orang yang terima nasihat hendaklah mendengar dengan baik supaya dapat menghilangkan sikap takabbur dalam dirinya."

Daripada Abuya Sayyid Ahmad Bin Sayyid Muhammad Al-Maliki.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan