Ahad, 12 Julai 2015

Para Ulama dahulu memberi nama pada solat dhuha adalah solat membawa kekayaan atau solat rezeki.

share dari link fb ~ Pencinta Rasulullah(saw)

Disebutkan sewaktu Habib Abdullah bin Alawi Al Haddad masih kecil, Beliau melakukan solat sunnat Dhuha sebanyak 200 rakaat. Ini sewaktu kecil... Cuba koreksi diri kita, Apa perhatian kita dalam melakukan solat dhuha? Paling tidak kita solat dhuha 4 rakaat, dan minimum 2 rakaat dhuha. 

Para Ulama dahulu memberi nama pada solat dhuha adalah solat membawa kekayaan atau solat rezeki. Sebabnya disebutkan Tidak ada kefakiran bila engkau melakukan solat Dhuha. Dan tidak ada istilah kekayaan bila engkau melakukan Perbuatan Zina. 

Para Ulama' menyebutkan orang yang melakukan solat sunnat Dhuha akan dijaga dari syaitan ² yang hendak menggangu dan menyesatkan. 

Disebut kan orang yang melakukan solat dhuha, dan kemudian pada sekeliling orang yang solat dhuha itu ada jin, kemudian jin itu terkena hembusan nafas orang yang solat dhuha tadi ini, kemudian terus Jin itu akan pengsan, sehingga kaum jin mengatakan, Ini jin yang pengsan ini terkena rasukan manusia (kemudian Semua Tertawa dan Habib Umar juga tersenyum saat menceritakan kisah ini) 

Ini disebabkan Nur orang yang melakukan solat sunnat Dhuha. Dikatakan seorang mukmin tak akan jatuh miskin dalam Urusan dunia melainkan setelah sesuatu yang dia miskin dalam urusan Agama. Hayati Sabda Nabi, siapa yang sehari semalam solat sunnat sebanyak 12 rakaat, maka Allah akan membangunkan dia sebuah mahligai syurga pada setiap Hari.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan