Jihad dalam Hijrah; "Lagi banyak niat kita maka, lagi banyaklah pahala yang kita dapat. Ni pergi surau ni, niat nk tuntut ilmu, niat nk solat jemaah, niat nk sedekah, niat nak erat silaturahim, satu lagi tambah satu niat nak memuliakan bulan muharram."
"Contoh niat nak sedekah untuk memuliakan bulan muharram. Bulan yang dilarang berperang dan sebaliknya perbanyakkanlah berpuasa zulkaedah, zulhijjah muharram dan rejab."
"Muharram, niatkan apa-apa benda baik dengan memulakan tahun ni dengan permulaan yang baik. Minta juga pengakhiran tahun yang baik. Moralnya, moga-moga pengakhiran hidup kite pon baik, husnul khotimah."
"Bateri iman kita ni umpama bateri handphone lama dan baru. Yang baru ni cepat kong. Cepat habis bateri, bateri handphone lama tahan smpai tiga ari. Sama la contoh iman. Iman orang dulu-dulu lebih tahan lama. Iman orang sekarang ni kejap-kejap kong. Perlu cas, selalu kena cas, selalu kena pegi kuliah, selalu kena dengar nasihat."
"Ape yang kita nak hijrah. Cuba spesifikkan niat kita itu. Aku nak jadi baik tahun ni. Yang itu tak spesifik, cuba spesifikkan. Contoh aku nak datang ke surau tiap-tiap malam, aku nak sedekah sepuluh ringgit. Setiap hari, aku nk baca Al-Quran sepuluh muka setiap hari."
"Rasulullah ﷺ ajar kita nak mintak doa biar spesifik, biar detail, nak mintak ampun dosa, mengadu semua dosa-dosa yang telah kita lakukan. Contoh lain, nak jauh diri dari menjadi seorang pemarah. Ya Allah, hindarkan aku dari sifat panas baran dan jadikan aku seorang yang penyabar."
"Nabi juga tak ajar untuk mintak doa benda dunia yang spesifik dan detail. Nak mintak umah nk mintak kete. Ya Allah, kurniakan umah terbaik dan kenderaan terbaik. Jangan nak sebut detail nak sportrim besar nak rumah pintu banyak, nak aircond jenama panasonic."
"You are what you think. You are what you eat. You are what you read. Kaulah apa yang kau fikirkan. nabi tak ajar tengok cermin kata kau lah kaya, kaulah hebat, nabi ajar bila tengok cermin. Baca doa. Ya Allah, kau kurniakanlah apa yang kau kurniakan tubuh badan dan wajahku yang sempurna ini juga kepada akhlakku. Jadi seribu empat ratus tahun dahulu islam dah ajar dah supaya berdoa. Nabi pon berdoa. Itu adalah motivasi sebenar."
"Para sahabat berhijrah dari kaya ke miskin. Tak ada kelengkapan, bekalan habis tengah jalan, siap sesat lagi. Hanya keimanan yang tinggi sahaja akan menguatkan jiwa mereka. Kita memang tak boleh la sekarang ini. Sebab kita tak yakin dengan Allah dan rasul."
"Hijrah ialah jihad. Ape maksud jihad? Berasal daripada ayat mujahadah. Berusaha bersungguh-sungguh. Yang ni baru betul hijrah. Kita nak hijrah nak solat jemaah lima kali sehari. Kita kena bersungguh-sungguh. biar benda itu betul-betul kita lakukan."
"Kita nak hijrah ni, biar smpai tahap tenang, tepu makna lain saturation. Kita naik smpai tahap tenang. Itu baru betul hijrah. Kita hijrah nak berhenti merokok. Dari orang yang asal perokok tegar bila smpai tahap tenang ni dia pulak akan benci bau rokok tu. Yang ini baru hijrah. Maka jadikanlah ia nafsu mutmainnah, yakni nafsu yang diredhai."
"Cuba tetapkan KPI untuk kita mencapai hijrah itu. Benda yang kita boleh achive, bende yang logik, bnde yang kita mampu. Biar ada timeframe, ada jadual, ada schedule, ada masa."
"Nabi pon ajar kita bila nak zikir tiga puluh tiga kali, wirid tu sepuluh kali, wirid ini tiga kali. Jadi apa moralnya? nabi dah ajar supaya tetapkan bilangan yang akan kita buat. Nabi tak kata, zikir banyak-banyak. Nabi sebut nombor. Bila ada nombor kite boleh bermujahadah, boleh capai KPI."
"Bila kita nak pindah rumah, kita akan arrange barang-barang ape yang patut kita bawak barang yang patut kita tinggalkan. Barang-barang patut kita sedekahkan. Jadi nak hijrah pon sama. Kita perlu pikir yang mana satu perlu kita bawak. Sama juga kita nak berpindah ke alam kubur nanti. Kita perlu bawak amal baik."
"Antara permintaan yang agung dari ahli kubur ialah aku nak hidup semula atas dunia supaya aku dapat bersedekah. Sebab apa? sebab sedekah ni pahala die sangat besar, dan bertambah-tambah biarpon kita sudah meninggal dunia. Maka perbanyakkanlah bersedekah."
Daripada Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofre.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan