Apakah itu Hati?
Hati adalah raja; "Hati ini adalah seperti raja kepada badan kita. Dan anggota badan yang lain semua adalah rakyat jelata kepada hati kita. Tetapi raja yang memerintah. Jika hati itu baik, maka akan baiklah keluar daripada anggota badannya. Dan ianya akan baik, matanya akan menjadi baik, percakapannya akan menjadi baik, tangannya akan melakukan yang baik begitu juga dengan kakinya."
"Jika hatinya, rajanya, pemimpinnya itu yang busuk dan juga buruk, maka akan keluar keburukan dari anggota badannya. Dan apa yang perlu diubati, kita perlu balik kepada akar kita semula yang boleh dirawat iaitu hati kita. Dan hati itu dikatakan roh di sini kerana hati lain, roh juga lain. Cuma hati mempunyai kaitan rapat dengan roh. Roh kita semuanya bersambung, kita seperti satu badan, satu bangunan, satu sakit yang lain pon semuanya akan rasa sakit."
"Didalam diri manusia ada satu tempat. Hanya satu yang dipandang oleh Allah سبحانه وتعالى. Iaitu Hati. Seseorang manusia itu apabila dia tahu ada tempat yang dipandang oleh manusia pada dirinya, dia kan memperelok kan tempat itu."
"Pada setiap waktu pagi, kita sebelum hendak keluar daripada rumah. Kita mandi, membasuh wajah kita, kita tengok ada apa-apa kotoron pada wajah kita, pada zahir diri kita. Kita perelokkan pakaian kita, kita gosok pakaian kita, jaga dengan kemas dan rapi. Kita memperelokkan perkara yang zahir. Kerana kita tahu. ini adalah pandangan manusia pada kita.
Manusia pandang pada perkara ini. Ini adalah tempat pandangan manusia pada kita."
"Bagaimana pula pada sesuatu tempat? Suatu tempat itu adalah tempat yang dipandang oleh Allah سبحانه وتعالى ? Bukankah itu sesuatu yang lebih berhak? lebih utama kita bersihkan kita, kita sucikan, kita perelokkan iaitu hati manusia."
"Dan untuk mensucikan hati lazimkanlah dengan bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى. Bertaubatlah selalu, kerana kita manusia yg lemah yg tidak boleh lari daripada dosa-dosa di atas amalan-amalan harian yg kita lakukan. Rasulullah ﷺ yang maksum itu pon bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى seratus kali sehari. Inikan kita pendosa."
"Bertaubat itu bukannya didalam maksiat sahaja, taubat didalam berbuat ketaatan juga memerlukan taubat. Takut kita terkena penyakit hati didalam beramal berbuat ketaatan. Kita ini perlu kepada beribu-ribu kali bertaubat. Didalam taubat kita itu, memerlukan satu lagi taubat yang lain."
"Taubat kita daripada melakukan dosa dan maksiat. Agar hati kita sentiasa bersih dari dosa-dosa. Hati ini lebih berhak diperelokkan, diperindahkan, disucikan daripada secara zahir sahaja. Kerana hati itu pada hati terdapat pandangan Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى hanya lihat pada hati- hati manusia."
Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan