Khamis, 2 April 2015

Petikan Syarahan Zina Pandangan Mata oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

share dari link fb ~Pencinta Rasulullah(saw)

Petikan Syarahan Zina Pandangan Mata oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Yang mendakwa dirinya beriman, mesti faham kepada firman yang Memberi kita Iman. Supaya dapat realisasikan dengan kita punya praktikal.

Menjaga pandangan mata dengan Mengalihkan dari melihat perkara yang diharamkan Allah. Mengalihkan pandangan daripada melihat perkara yang membangkitkan syahwat. Mata adalah penyambung kepada zina.

Zina bermula dari pandangan, lepas pandang, senyum, kemudian, bercakap-cakap, kemudian membuat temu janji,
Kemudian berjumpa. Setelah jumpa. Jangan tanyalah apa nak jadi. Semuanya Berpunca dari memandang.

Zina Mata, baik melihat kepada ajnabi dengan pandangan syahwat. Apa nak kata dengan zaman kita sekarang ni. Siapa yang boleh terselamat dengan zina mata, yang kini sedang bermaharaja lela diluar sana?

Ini satu musibah yang menimpa kita sekarang. Hendaklah seseorang berusaha seboleh mungkin. Untuk menjaga dirinya dari melihat perkara² yang diharamkan oleh Allah. Kerana mata ini dikatakan berzina bila melihat perkara yang diharamkan oleh Allah ﷻ.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan