APAKAH ITU GOLONGAN SUFI DAN ADAKAH MEREKA SESAT?
“Golongan sufi adalah golongan orang yang menitikberatkan dalam muamalah mereka kepada kerohanian. Intinya adalah membersihkan daripada sifat2 mazmumah, dan berhias dengan sifat2 mahmudah. Itu intipati daripada tasawwuf/sufi. Adakah mereka SESAT? Bilamana ia berdiri atas garis panduan yang benar maka tidak dikatakan sesat. Tapi bilamana, apa sahaja nama ajaran itu, atas nama tarikat, atas nama mazhab, atas nama organisasi, atas nama yayasan, ..atau apa sahaja (namanya), kalau dasarnya tak betul, apa shj namanaya tetap tidak betul. Jadi ukurannya bukan atas nama, tapi pada isinya. Apakah isinya itulah yang menjadi ukuran betul atau tidak. Berkata Imam Al- Junaid: “Kalau kamu lihat orang terbang di atas angin atau berjalan di atas air kalau perbuatannya bercanggah dengan al-qur’an dan sunnah, maka ketahuilah orang itu PENDUSTA. Ini yang bercakap adalah ahlinya, (bukan ahli lagi) tetapi imam kepada ahli tasawwuf. Bagaimana kata sufi sesat sedangkan imam kepada ahli tasawwuf bercakap demikian. Teras kepada tasawwuf adalah al-quran dan sunnah. Tapi yg mempergunakan tasawwuf bercanggah dengan al-quran dan sunnah, yang bersalah bukan tasawwufnya tapi orang yang praktikkannya. Kalau dihukum orang yang berbuat maka orang akan menilai islam agama tak betul. Pasal apa? Kerana kriminal banyak orang islam, yg melakukan terroris banyak orang islam. Takkanlah nak katakan islam itu agama terroris kerana perbuatan sebahagian orang. Tak! Islam adalah agama yg dia nak menghukum sesuatu adalah dengan memahami apakah ia islam. Jangan faham islam dengan melihat orang islam. Jangan faham tasawwuf melalui orang2 yg praktik. Tapi tengok kepada ilmu tasawuf itu kaedahnya apa. Baru kita menilai kepada tasawwuf itu.”
-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan