Rabu, 19 Ogos 2015

Matahari

share dari link fb ~FalakOnline

Matahari ni bukanlah tempat yang boring. Ia bukan sekadar cahaya terang di langit, menyinar penuh silau pada waktu siang.


Menerusi teleskop yang menggunakan penapis matahari jenis 'Baader', kita boleh lihat tompok-tompok hitam matahari, atau sunspot... atau nama glemernya... tahi lalat matahari...


Tapi, kalau kita berpeluang melihatnya menerusi satu lagi jenis penapis matahari bernama H-alpha... kita akan dapat lihat permukaan matahari yang bergelegak, berkemacuk dan bersimpang-siur penuh dengan tujahan lambungan 'api'.

Ok, secara teknikalnya. bukan 'api'.. kerana matahari tak terbakar.. yang kita lihat tu ialah kesan pengeluaran tenaga yang amat dhasyat ketika atom2 hidrogen dalam matahari berubah menjadi atom2 helium...

Nak diceritakan pagi ini ialah, kadang-kadang 'api-api' yang melambung-lambung keluar (juga dikenali dengan nama PROMINENCE) dari permukaan matahari ini AMAT BESAR... bukan sekadar besar atau setinggi gunung... MALAH... ia mencecah BERKALI-KALI GANDA SAIZ BUMI!.

Sejak 2,3 hari lepas, pencerap dan peminat matahari telah merakam sebuah Prominence yang cukup besar dan 'indah'. Ia seolah-olah seperti sebuah TORNADO atau puting beliung .... 

Prominence berbentuk tornado ini sungguh besar, hinggakan ia mencapai ketinggian 60,000 km daripada permukaan matahari!

60,000 km tu bersamaan 5 KALI SAIZ BUMI!

Bersyukurlah Allah SWT telah meletakkan kita jauh daripada matahari, pada jarak 150 JUTA KM, dapat kita ambik manfaat dari cahayanya, dari habanya,, untuk kehidupan sehari-hari ... 

TAPI... andaikata kita ni dok betul-betul depan muka matahari... agak-agaklah apa jadi dengan kita masa tu...!

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api Neraka Jahanam." Sahabat-sahabat Baginda berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa. " Baginda s.a.w., bersabda: "Meskipun demikian, kepanasan Neraka jahanam ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanyak enam puluh sembilan bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api dunia ini. "
(Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Nota: Gambar Bumi diletak sekali sebagai perbandingan saiz.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan