Rabu, 19 Ogos 2015

RESIPI : PENYEDIAAN MINUMAN SERAI:

share dari link fb ~ Mamak Haji

Hari ini kita kongsi sedikit tentang satu lagi herba perubatan dalam masakan nusantara kita terbaik, SERAI atau Lemon Grass. Orang kampung yg berumur pastinya tahu tentang kehebatan nilai perubatan serai ini, tetapi orang muda di bandar cuma tahu serai ini untuk masak. Serai selain untuk dijadikan minyak serai yang mujrab untuk urut, serai juga digunakan untuk mandian untuk lepas bersalin untukibu-ibu sebagai aroma terapi pulihkan semangat kembali sejak turun-temurun. 

Tapi ramai yang tidak tahu serai mempunyai "Citral" yang mampu membunuh sel Kanser dlm tubuh badan kerana minyaknya punyai beta-carotene yg punyai ciri-ciri anti-oksidan yang boleh mengelak dari penyakit kronik kanser.

Serai juga punyai Detoxification yang boleh membantu lawaskan pembuangan air kecil dengan mencuci buah pinggang, hati dan juga pundi-pundi kencing.

Serai boleh mengurangkan tekanan darah , kolestrol, asid urik yang berlebihan, toxic dan lemak ditubuh badan.

RESIPI : PENYEDIAAN MINUMAN SERAI:

Bahan-Bahan Diperlukan:
- 6 batang serai.
- 6 sudu besar gula batu / atau cukup rasa manis.
- 8 cawan air - 2 liter.
- 6 helai daun pandan.
- sedikit jus lemon.

Cara-cara Penyediaan:
1. Ketuk perdu serai - potong kasar dan masukan dalam periok yang berisi 2 liter air.Masukkan daun pandan bersimpul.
2. Bila air mula didih..kecilkan api dapur bawa kepada "reneh". Reneh selama 30 - 60 minit. Air akan bertukar kehijaun sikit.
3. Masukkan gula batu, bila gula dah hancur dan sebati, matikan api dapur. 
4. Masukkan jus lemon dan minuman anda sudah sedia dihidangkan sejuk atau panas.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan