Rabu, 19 Ogos 2015

PETUA HILANGKAN JERAGAT DAN PIGMENTASI

share dari link fb ~ Rahsia Hawa

PETUA HILANGKAN JERAGAT DAN PIGMENTASI 

Silalah cuba mana-mana cara berikut :
1. Kulit pisang :
Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

2. Daun sireh muda :
Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

3. Daun betik, beras, air dan kayu manis :
Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

4. Hampas kelapa :
Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

5. Putih telur :
Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan