Khamis, 13 Ogos 2015

Pelbagai resipi popia, maruku, kuih siput, buah rotan

share dari link fb ~ Wanita Idaman

RESEPI POPIA IKAN BILIS

Bahan-bahan serunding ikan bilis
200g ikan bilis putih
20 tangkai cili kering (saya guna 2 sudu besar cili kisar Puteri)
1 cm halia (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
6 batang serai (saya guna 3 batang serai je dan dihiris halus)
250g santan pekat
1 sudu kecil jintan (dikisar)
1 sudu kecil biji ketumbar (dikisar)
1 labu bawang besar (kuning)
garam & gula secukup rasa 
1 paket kulit popia saiz kecil (saya potong 4 kemudian setiap bahagian segiempat itu dipotong 2 menjadi bentuk segitiga)
minyak untuk menggoreng penuh

Cara membuatnya
1. Ikan bilis direndam sekejap, dibilas dan dikisar bersama bahan-bahan lain
2. Masukkan semua bahan bersama santan dan masak hingga kering dengan api sederhana
3. Kalau masih belum betul-betul halus, apabila serunding kering, kisar lagi dengan pengisar kering
4. masak hingga serunding kering
5. Lipat/simpul dengan kulit popia. Sekiranya lipat gunakan tepung gandum yang dicampur dengan sedikit air sebagai gam untuk melekatkan kulit popia
6. Cara melipat popia mini - letakkan serunding dibahagian paling lebar segititiga tersebut, lipat kiri kanan dan gulungkan bahagian yg lebar tadi, sapu gam pada hujung kulit popia yg tirus.
7. Apabila popia sudah siap digulung jemurkan sekejap supaya kulit popia lebih garing apabila digoreng nanti
8. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana, kulit popia mudah hangus jangan goreng terlalu lama

Sumber : Myresepi siti nur
RESEPI KUIH GUNTING PEDAS

Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
1 cawan bawang merah & putih goreng - hancurkan
1/2 cawan udang kering - rendam hingga kembang dan tumbuk halus
1 sudu makan jintan manis - ratakan
2 sudu makan serbuk kari - ratakan
2 pelepah daun kari - lurutkan
1 sudu makan serbuk pati ayam MAGGI atau garam
1 cawan air
1/2 cawan minyak panas
minyak

Cara:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam sebuah bekas / mangkuk.
2. Masukkan bawang merah & putih yang dihancurkan, udang kering tumbuk, jintan manis, serbuk kari dan serbuk pati ayam MAGGI.
3. Tuangkan minyak panas dan gaul rata.
4. Tuangkan sedikit demi sedikit air dan gaul lagi sehingga adunan menjadi sebati dan tidak melekat.
5. Biarkan adunan selama 10 minit.
6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut suka dan bulat-bulatkan untuk memudahkan proses mencanai.
7. Taburkan sedikit tepung gandum di tempat untuk mencanai supaya tidak melekat. Canai doh sehingga nipis dan kemudian bolehlah dipotong ikut saiz yang dikehendaki. Anda boleh gunakan pisau yang tajam atau gunting.
8. Taburkan tepung supaya tidak melekat tetapi jangan terlalu banyak supaya hasil gorengan tidak bergelembung.
9. Panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga kuning keemasan. Jangan lupa masukkan sedikit daun kari untuk menaikkan aroma.
10. Toskan minyak dan setelah benar-benar sejuk bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.

Sumber : Amie's little khitcken
RESEPI MURUKU

Bahan-bahannya:
Bahan A
1 bungkus tepung muruku (400g),digoreng tanpa minyak
2 sudu besar bijan, digoreng tanpa minyak
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh jemuju (jika suka – optional)
2 sudu besar serbuk rempah kari daging
½ sudu teh soda bicarbonate.
Garam mengikut rasa

3 sudu besar marjerin atau minyak sapi,cairkan
Santan – mengikut adunan doh,ketika menguli (adunan doh kental)

Cara membuatnya:
1.Campur semua bahan A di atas dan gaul hingga sebati.
2.Kemudian masukkan marjerin cair.Gaul adunan hingga menjadi seperti serbuk roti.
3.Buat lubang di tengah adunan dan masukkan santan sedikit demi sedikit.
4.Uli adunan hingga menjadi doh yang kental dan jadikan kepada beberapa ketul doh yang kecil.
5.Rehatkan doh selama ½ jam.
6.Masukkan doh ke dalam acuan maruku dan pusing di dalam minyak yang panas.Masukkan daun kari dan goreng terendam hingga kekuning-kuningan.
7.Akhir sekali,sejukkan muruku dan simpan dalam bekas kedap udara.

Sumber : blog fb
RESEPI KUIH SIPUT 

Bahan-bahan (Anggaran 1 balang sederhana)

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
50gm marjerin
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk udang kering
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
Sedikit serbuk perasa (optional)
3 sudu kecil serbuk cili (boleh kurangkan jika tak mahu pedas)
Daun kari

Bahan-bahan (Anggaran 1 balang besar)

600 gram tepung gandum
220 gram marjerin | dicairkan 
6 tangkai daun kari - untuk di campur dalam minyak semasa menggoreng
2 tangkai daun kari - kisar kasar / cincang
2 sudu besar serbuk - kari
15 gram serbuk jintan manis
15 gram serbuk jintan putih
15 gram udang kering - di goreng dan kisar
2 ulas bawang putih - dihiris halus dan digoreng serta dikisar
1 biji telur
150 ml air - jangan masukkan semua
Garam secukupnya 

Cara-cara membuatnya:

1. Marjerin dicairkan dan sejukkan sebentar (suam-suam). Ketepikan. 

2. Gaul tepung bersama serbuk kari dan marjerin yang telah dicairkan tadi. Ketepikan. 

3. Kisar udang kering yang digoreng bersama bawang putih. 

4. Dalam satu bekas, campurkan bahan kisar dan gaul rata bersama garam. Kemudian masukkan bahan-bahan lainya tadi ke dalam adunan tepung yang telah disebatikan dengan marjerin.

5. Gaul rata. Masukkan telur ke dalam adunan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai betul-betul sebati. Jangan tuang air terus kalau dah tak melekat tandanya sudah okay. (Ramas dengan hujung jari margerin dan tepung, bila dah rata campurkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Uli hingga mnjadi satu doh yang kental. (macam buat doh roti canai...)

6. Cubit sedikit adunan, gentel bagi bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.

7. Panaskan minyak, goreng lah kuih siput dengan api sederhana. jangan kuat sangat supaya masak dalamnya dan ranggup, kerana ia agak tebal. Bila sudah 5 minit menggoreng, masukkan setangkai daun kari yang telah dilurut daunnya. 

8. Bila sudah garing dan masak, angkat dan tos kan.

Sumber : blog fb
RESEPI MURUKU RANGUP MELETOP 

Bahan-bahan :

300g tepung pulut
200g tepung kacang kuda/cheak peas
1sudu besar serbuk cili
1/2sudu besar garam halus
60gm marjerin yang dicairkan dan masih panas
2 biji telur
1sudu besar jintan manis** disangrai dahulu/digoreng tanpa minyak
1sudu besar jintan putih** disangarai dahulu
1sdb gula
segenggam udang kering dibersihkan dan kisar halus -
250ml santan cair – air ni boleh letak sikit2 shingga doh menjadi lembut dan tak lekat ditangan..sukatan air ni sesuai

Cara-caranya :

1. tumbuk atau kisar jintan manis, jintan putih dan udang kering hingga halus/hancur
2. satukan bahan-bahan kering .. gaul sebati .. masukkan marjerin cair dan telor n santan cair gaul lagi hingga jadi doh lembut doh ni tak lekat kat tangan ..
3. panaskan minyak masak..sebelum pusingkan adunan ramas2 dulu daun kari masuk dlm minyak panas tadi biar bau kari tu melekat pada maruku kita nanti..n pusing adunan .. dah kekuningan boleh angkat ..

Sumber : gmbr dan resepi 100% dr fb puan tahrunnisah
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan