Khamis, 13 Ogos 2015

jus lidah buaya ( Aloe vera)

share dari link fb ~ Asmira Suhadis

seperti yang saya janjikan, cara mudah untuk buat jus lidah buaya ( Aloe vera) malah cara ini kita boleh guna untuk buat puding , dan aneka masakan berasaskan Lidah buaya.

1. pisahkan Lidah buaya dari batang pokoknya.mesti guna pokok yg sudah tua dan matang.
2.buang kulit dan juga durinya, awas pisau kerana ianya sangat berlendir
3. masak air panas hingga mendidih, matikan api dan campur kan, 1/2 cawan cuka makan, 1 sudu kecil garam dan 1 cawan air lemon atau limau nipis.
4. tapis kering dan anda memiliki gel alovera yang tidak lagi berlendir.

5.untuk minuman segera, anda perlu masukkan gel ( anggaran 5keping gel +2 sudu madu ( kalau tak ada madu anda boleh guna gula pasir atau pun titisan stavea dan satu sudu air perahan lemon) kisar hingga ianya hancur dan lembut
6. tuang dalam gelas dan anda sudah boleh menikmati jus Lidah buaya yang segar.

7.sekiranya malas, selepas anda tuskan ( gambar 4) potong kecil kecil dan masukkan kedalam jug- tuang air panas ( gambar 7), simpan dalam peti sejuk, bila-bila anda berhajat anda boleh meminumnya, boleh ditambah airnya dan di olah ikut selera, boleh di simpan selama seminggu dan boleh lah ganti jelnya jika anda mahu meneruskan amalam meminum air lidah buaya.

selepas gambar 4, anda boleh gunakan gel tersebut untuk puding dan juga masakan anda
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan