Ahad, 9 Ogos 2015

Kek Gulung Oren

share dari link fb ~ Resepi Sahabat

Kek Gulung Oren

BAHAN-BAHAN:

90 gm tepung gandum | diayak
100 gm gula pasir | dikisar halus
1 sudu besar susu tepung
1 sudu teh ovalette
5 biji telur
60 gm mentega | dicairkan
1 sudu teh pes oren
1 sudu teh esen vanila


BAHAN KRIM:


100 gm krim keju
20 gm gula halus
1 sudu besar jus oren
100 ml krim putar
Sedikit badam panggang | dicincang halus


CARA MEMASAK:


1. Panaskan ketuhar pada suhu 180’c. Lapik loyang dengan kertas minyak dan gris menggunakan mentega dan juga sedikit tepung. Ketepikan seketika.


2. Pukul telur bersama gula, ovalette dan esen vanilla dengan kelajuan tinggi hingga kembang.


3. Kemudian masukkan tepung, susu dan pes oren. Pukul lagi dengan kelajuan sederhana hingga sebati.


4. Masukkan mentega cair dan kacau hingga sebati menggunakan spatula.


5. Tuang adunan ke dlaam Loyang dan bakar selama 15-20 minit atau hingga keperangan.


6. Setelah kek masak, keluarkan dari ketuhar dan terbalikkan perlahan-lahan. Sejukkan seketika.


7. Untuk krim, campur kesemua bahan dan pukul hingga sebati.


8. Sapukan krim pada kek dan gulung dengan kemas. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dipotong.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan