Rabu, 19 Ogos 2015

Puding KeK Cendol Dan Cincau

share dari link fb ~Aneka Resepi Kek Dan Kuih Muih

Puding KeK Cendol Dan Cincau

Lapisan A( Lapisan Dasar )
1 keping kek span pandan saiz 8 X 8 inc ~ aku guna loyang spring form 8 inci

Lapisan B( lapisan Coklat)
250 gm santan 250 gm susu segar
5 gm agar-agar serbuk
70 gm gula Merah atau gula timbang
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh tepung Honkew
1 biji kuning telur - aku x letak
secubit garam

Cara-Cara
Masukkan 1 keping kek span pandan ke dalam ring pan yang telah di basahkan terlebih dahulu

Satukan semua bahan B kecuali kuning telur, hingga gula dan agar-agar larut Ambil 1 senduk dan campurkan dengan kuning telur, kemudian kacau rata

Tuang semula ke dalam adunan agar-agar, kacau sebentar dan tutup api Kemudian di tapis.

Tuangkan adunan coklat ( gula merah) ke atas lapisan kek dan biarkan sejuk dan mengeras.

Lapisan C
400 ml santan cair ( 200 ml santan KARA + 200 ml air )
5 gm agar-agar serbuk
80 gm gula halus
1 sudu teh tepung Honkew
60 gm cincau ~ di potong dadu
100 gm cendol
sedikit pewarna hijau apple sedikit pewarna kuning lemon

Cara-Cara
Satukan bahan C kecuali Cendol Cincau Pewarna kuning dan hijau dan masak hingga agar-agar dan gula melarut 

Bahagikan adunan ini kepada 2 bahagian yang sama banyak 1 bahagian di letakkan pewarna kuning dan cendol 

Tuangkan lapisan kuning cendol ini atas lapisan coklat ( gula merah) yang telah keras tadi. * jika anda bimbang ia tidak melekat, cucuk atau cakar permukaan agar-agar yang dah mengeras tadi dengan garfu, kemudian baru tuang adunan kuning.

Biarkan ia sejuk dan mengeras
Bila dah keras, cucuk dan cakar permukaannya dengan garfu sebelum di tuang lapisan hijau. Tuang lapisan hijau dan taburkan cincau yang telah di potong dadu 

Simpan di dalam peti ais hingga beku Bila dah sejuk dan beku, bolehlah di potong. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan