Isnin, 24 Ogos 2015

Cakoi (paktongko pun org panggil)

share dari link fb ~ Buku Resepi

Cakoi
Oleh:Lilis Mulyati

bahan:
400 gr tepung
gandum
1 cwn air
1 sb marjerin
(cairkan )
1 sk garam
3 sb gula pasir
1 sb susu pekat
manis
1 biji kuning telur
2 sk yis kering
1/2 sk soda bicarbonat


cara2 :
Dalam mangkuk,campurkan semua bahan (kecuali tepung ),kacau sebati,masukan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli,uli doh hingga lembut dan tak melekat ditangan..doh mesti lembut.
rehatkan doh selama 30 minit tutup dgn kain lembab.
canai doh bentuk persegi,tebal 1/2 cm,potong panjang kemudian tindih dgn lidi bersih/chop stik..
goreng hingga kekuningan.


SOS Kastard :
1 1/2 sb tepung
kastard
1 1/2 cwn santan
1/2 cwn air
kosong
secubit garam
5 sb gula pasir
2 helai daun
pandan
sedikit pewarna hijau
Masukan smua bahan dlm periuk,masak atas api sederhana,kacau hingga bancuhan likat dan berkilat.


Cakoi ni sedap jg dimakan dengan sos cili,atau jika anda suka makan bubur nasi taburkan hirisan cakoi pd bubur 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan